Sabtu, 3 Julai 2010
Hukum Pilihanraya
Muktamar ‘Aiim ‘Ulama’ dan Muballigh Islam se Indonesia yang diiangsungkan tanggal 27 Rejab I Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11—l5hb., April 1953 di Medan; Sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia) dan sesudah memahamkan:
a) Surah as-Syura ayat 13 yang menyuruh menegakkan Agama Islam (yang berbunyi): “ALlah telah menerangkan kepada kamu — di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (ALlah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintah kan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi ‘Isa, iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belahpadanya...” (Surah al-Syura: Ayat 13)
b) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi ALlah untuk (menyeksa) kamu”. (Surah al-Nisa’: Ayat 144)
“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian inereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin (kawan rapat), maka sesungguhnya ia adalah dan golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya ALlah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”. (Surah al-Ma’idah: Ayat 51)
“Wahai orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai wali (pemimpin) kamu...” (Surah al-Mumtahanah: Ayat 1)
Nas-nas di bahagian “b” itu antara lain menyimpulkan tentang penentuan batas-batas orang yang boleh diangkat menjadi penguasa (pemimpin).
c) Surah aI-Ma’idah ayat 44,45,47 yang isinya menyuruh menjalankan undang-undang yang sesuai dengan hukum-hukum ALlah: “Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh ALlah, mereka itulah orang-orang yang fasiq”. “Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah orang-orang yang zalim”. “Sesiapa yang tidak men jalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah orang-orang yang kafir”.
d) Surah an-Nisa’ ayat 59 yang menyuruh menta’ati ALlah RasulNya dan UliIamri yang beriman: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada ALlah, dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah di kalangan kamu (berirnan)”.
e) Surah al-Haj ayat 41* dan surah ali-’Imran ayat 110, yang menyuruh berbuat kebajikan dan melarang kemunkaran: “laitu orang-orang yang apabila Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, rnenyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dan berbuat yang munkar; dan kepada ALlah kembali segala urusan”. *
Dalam teks asal dinyatakan Surah aI-Haj ayat 11; ternyata bila diteliti ianya bercanggah dengan penghuraian maksud umum bahagian ini. Kami merasakan ayat yang sebenar adalah ayat 41 kerana beralasankan kepada maksud umum bahagian ini, iaitu: menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemunkaran. Wallahu ‘A’Iam. — Editor.
“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh mengerjakan yang ma ‘ruf dan melarang yang munkar, dan kamu berirnan kepada ALlah”. (Surah ali-Imran: Ayat 110)
f) Surah al-Ma’idah ayat 35, yang maksudnya menyuruh mencari wasilah kepada ALlah: “Wahai orang-orang yang berirnan, bertaqwalah kepada ALlah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya (wasilah), dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan (kemenangan)”.
g) Qa’idah Usul yang berbunyi: “Hukurn wasilah (jalan) itu, juga hukurn tujuannya”. dan: “Setiap apa yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan sesuatu itu, maka ianya juga rnenjadi Wajib”.
MEMUTUSKAN: Memfatwakan kepada seluruh ummat Indonesia sebagai berikut:
1. Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, laki-laki dan perempuan, yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia yang telah disahkan:
a) WAJIB menjalankan hak-pilihnya dengan jalan mendaf tarkan diri sebagai pemilih dan memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pemungutan suara.
b) WAJIB memilih hanya calun-calun yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara.
2. Kaum Muslimin, laki-laki dan perempuan yang telah mukallaf (akal-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang.
Medan, 30 Rejab 1372 (14 April 1953)
KEPUTUSAN MAJLIS SYURA
1. Dengan ‘inayah dan taufiq ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan berdasarkan menegakkan “baldatun tayyibatun”, maka Majlis Syura Pusat Masyumi mengeluarkan fatwa sebagai berikut:
a) Mengadakan pemilihan umum untuk membentuk parlimen Konstiuante adalah wajib hukumnya.
b) Kerana kemenangan Islam dan ummatnya tergantung kepada turut serta tiap-tiap seseorang (individu) Muslim laki laki dan wanita dalam perjuangan pemilihan umum, maka adalah: wajib ‘am hukumnya atas tiap-tiap Muslim Mus limat yang mukallaf, dan segala golongan, kalangan dan tingkatan turut serta benjuang dalam pemilihan umum tersebut.
c) Kerana kemenangan itu tergantung kepada pemberian suara (undi) buat memilih pemuka-pemuka (tokoh-tokoh atau wakil-wakil) Islam, maka:
a) Wajib atas tiap-tiap pemilih Muslim hanya memilih calun-calun yang bercita-cita politik Islam.
b) Terlarang hukumnya memilih calun-calun yang tidak, apa lagi yang anti cita-cita Islam.
c) Buat melaksanakan perjuangan pemilihan yang menjamin kemenangan maka wajiblah tiap-tiap Muslim dan Muslimat menyiapkan segala alat kelengkapan yang diperlukan oleh perjuangan itu baik lahir maupun batin.
5. Ummat Islam seluruhnya dianjurkan memperkuatkan persatuan kerjasama dan saling mengerti yang sebaik-baiknya yang menjamin kemenangan Islam.
Jakarta: 10 Jamadilakhir 1372, 24 Februani 1953. MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI” Ketua, K.H.A. RAHMAN SYIHAB Sekretaris, K.H.M. SALEH SAUDI BERITA A.P.B. No. 941th. ke VIII
‘ALIM ‘ULAMA’ MALAYA DAN SOAL PEMILIHAN UMUMDI INDONESIA. (Ummat Islam Indonesia wajib turut serta giat di dalam pemilihan umum nanti).
Seluruh ‘Aiim ‘Ulama’ Malaya dalam suatu sidangnya yang telah diadakan di Selangor dan dikunjungi oleh para ‘Aiim ‘Ulama’ Malaya dan berbagai tempat di Malaya telah memutuskan bahawa turut sertanya ummat Islam Indonesia dalam pemilihan umum yang diadakan di Indonesia nanti, adalah fardu ‘ain hukumnya, dan adalah haram jika ummat Islam Indonesia tidak ikut serta di dalam pemilihan umum nanti. Lebih jauh diterangkan, bahawa keputusan ‘Alim ‘Ulama’ Malaya tadi, sekarang telah diperkuatkan pula oleh Majlis Syari’iyyah, yang kedudukannya persis Mahkamah Islam Tinggi di Indonesia. Semua Majlis Syar’iyyah di berbagai tempat di Malaya telah memutuskan pula fardu ‘ain bagi umat Islam Indonesia untuk turut serta dalam pemilihan umum yang akan datang nanti di Indonesia. Keputusan tersebut diambil oleh ‘Alim ‘Ulama’ seluruh Malaya kemudian diperkuat oleh Majlis Syar’iyyah di berbagai tempat di Malaya, dengan pertimbangan bahawa jika di dalam pemilihan umum nĂ nti ummat Islam mendapat kekalahan, maka sudah pasti perkembangan agama Islam akan tergencet (tertekan) atau tindakantindakan anti agama lebih hebat lagi, kerana umat Islam terang-terang dianggap golongan kecil. Tetapi sebaliknya jika di dalam pemilihan umum nanti umat Islam Indonesia mendapat kemenangan yang gilang-gemi lang, maka perkembangan Agama Islam akan maju-pesat, dan Segala cita-cita serta keinginan umat Islam sebagai golongan yang besar akan dapat dilaksanakan dalam segala lapangan. Kerana pemilihan umum itu akan menentukan juga terhadap agama Islam di Indonesia, maka ditetapkannya fardu ‘ain hukumnya turut serta ummat Islam di Indonesia dalam pemilihan umum yang akan datang nanti.
Jakarta, 22.4.1953.
Sumber :
KEWAJIPAN UMMAT ISLAM DALAM PILIHANRAYA
Oleh : K.H.M ‘Isa Ansory
Editor : Ramli Awang Terbitan Dewan Pustaka Fajar
Mike Tyson
Mike Tyson Akan Naik Haji
Mantan juara tinju dunia Mike Tyson, yang masuk Islam sewaktu berada di penjara pada tahun 1990-an, dikabarkan akan mengunjungi kota suci umat Islam Mekkah dan Madinah pada musim haji mendatang, sebuah harian Saudi melaporkan pada hari Sabtu kemarin (3/7).
Tyson, yang pernah menjadi juara tinju dunia kelas berat era tahun 1986-1990, tiba pada hari Jumat di Madinah bersama dengan Asosiasi Dakwah Kanada untuk umrah, atau haji kecil, kata surat kabar Okaz.
Dari Madinah Tyson akan melakukan perjalanan ke Mekkah dan juga berencana untuk mengunjungi kota-kota Saudi lain, seperti dilaporkan Okaz.
Tyson (44 tahun), masuk Islam sewaktu menjalani hukuman penjara 10 tahun - kemudian diubah menjadi tiga tahun - karena memperkosa seorang ratu kecantikan AS pada tahun 1991.
Setelah keluar dari penjara ia mencoba bertinju kembali, namun tidak pernah bisa kembali merebut gelarnya dan akhirnya mengakhiri karir tinju profesionalnya di tahun 2005.
Januari lalu, ia ikut bagian dalam acara gulat WWE Raw pro di Amerika Serikat. (fq/aby)
Sumber klik di sini
Ciri - ciri peribadi Muslim
1)Aqidah sejahtera
Apakah yang dikatakan sebagai aqidah sejahtera di dalam al - quran Allah S.W.T berfirman :
“Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul- rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.” (Al-Baqarah: 285).
Yakin Allah S.W.T yang layak disembah, dan tidak ada tuhan selainya.. Tidak ada sesuatu pun yang mampu untuk melawan kuasa Allah, dialah yang berhak segalanya kepada Hambanya..
2)Ibadah yang betul
Di dalam al -Quran ALLAH S.W.T berfirman :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Al zariyat: 56)
Segala perkara, perbuatan, ibadah semuanya kita lakukan kerana Allah ini bertepatan dengan ayat al- Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Al-An‘am, 162).
Untuk sah segala perbuatan manusia sebagai ibadat mestilah kena pada 2 perkara tersebut:
a) Amal ibadat yang bertepatan dengan syariat Allah.
b)) Niat yang ikhlas ditujukan kepaa Allah.
3)Akhlak yang mantap
Akhlak yang mantap adalah berpaksikan sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (Riwayat Imam Ahmad). Seorang muslim yang sejati mesti menonjolkan akhlak yang terbaik, kerana Islam adalah agama yang terbaik, sudah semestinya selaku sebagai seorang muslim, kita mesti menjadi penganut yang baik, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.. Hadis Rasulullah yang maksudnya:
Imam Ahmad dan Ibn Hibban mengemukan riwayat daripada Ibn Umar bahawa sabda Rasulullah SAW:
“Adakah kamu mahu aku beritahu tentang orang yang paling aku cintai dan paling dekat dengan pada hari qiamat?” Para Sahabat menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah: “Orang yang paling baik akhlaknya…” Juga sabda baginda: “Seseorang kamu yang berakhlak mulia dapat mencapai sesuatu yang tidak dicapai oleh orang yang berpuasa dan bersembahyang.”
4) Fikiran berteraskan ilmu pengetahuan.
Fikiran berteraskan ilmu pengetahuan adalah berpaksikan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq: 1-5)
5) Kekuatan jasmani
Memiliki Kekuatan jasmani adalah berpaksikan sabda Rasulullah SAW:
“'Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mumin yang lemah.” (Riwayat Muslim)
6) Mampu berdikari
Menjadi orang yang mampu berdikari berpaksikan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).” (Al-Mulk: 15)
7) Mengatur urusan diri.
Mengatur urusan diri berpaksikan hadis Rasulullah SAW:
“Baginda ditanya: Apakah amalan yang paling afdhal? Jawab Baginda: “Sembahyang pada waktunya, berbakti kepada ibubapa dan kemudian jihad jalan Allah.” (Riwayat al-Bukhari)
Nabi SAW mengajar para Sahabat tentang feqh keutamaan supaya mereka dapat mengatur urusan hidup agama dan dunia mengikut tuntutan dalam kehidupan:
a) Kemestian (dhoruriyat): Tiada kehidupan tanpanya.
b) Kesempurnaan (kamaliyat): Perkara yang menyempurnakan kebaikan dalam hidup.
c) Penambahan (tahsiniyat): Perkara yang menambah kebaikan dan kenikmatan di dalam hidup.
Perkara kemestian patutlah diutamakan terlebih dahulu sebelum perkara kesempurnaan dan penambahan. Perkara wajib mestilah diutamakan daripada perkara sunat. Menutup jalan keburukan diutamakan daripada membuka jalan kebaikan.
8) Menjaga masa
Penjagaan masa adalah berpaksikan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.” (Al-‘Araf: 34).
9) Berjuang melawan nafsu
Berjuang melawan nafsu melawan nafsu berpaksikan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Al-Syams: 7-10).
10)Berguna untuk orang lain
Menjadi seorang berguna untuk orang lain berpaksikan kepada sabda Rasulullah SAW:
“Manusia yang paling disukai Allah SWT ialah orang yang berpaling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah SWT ialah memberikan kegembiraan kepada seorang muslim, melepaskan kesusahannya, melangsaikan hutangnya, atau menghilangkan rasa laparnya. Jika aku berjalan untuk menunaikan hajat saudaraku, lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid ini (masjid Madinah) selama sebulan. Sesiapa yang menghalang kemarahannya, Allah akan menutup keburukannya. Sesiapa yang menahan (menyembunyikan) rasa marah, dalam keadaan ia boleh melepaskannya, pasti Allah memenuhkan hatinya dengan keredhaan pada hari Qiamat. Sesiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk menunaikan suatu hajat sehinggalah ia dapat tunaikan untuk saudaranya, pasti Allah menetapkan kakinya pada hari kaki-kaki tergelincir (hari Qiamat).” (Riwayat al-Tabarani).
Jumaat, 2 Julai 2010
Isu Judi
| Ditulis oleh Kenyataan Bersama |
| FRIDAY, 02 JULY 2010 10:03 |
|
KENYATAAN MEDIA BERSAMA PUSAT PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN LLG,
Ada ke pimpinan MCA dan MIC keluar kenyataan macam ini??? |
Anak Luar Nikah

Jangan pandang remeh angka kelahiran luar nikah di Malaysia
| Ditulis oleh DPP Wilayah |
| FRIDAY, 02 JULY 2010 10:07 |
|
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan di atas jumlah 257,000 sijil kelahiran dari tahun 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa. Merujuk kepada titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyebut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Dalam ucapan baginda turut menyebut, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009. Nak tunggu kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno pula.. |