Subscribe Twitter

Ahad, 7 November 2010

Akhlak dan Adab Berjemaah



Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat
MUQADDIMAH

Adapun parti kita (Parti Islam Se-Malaysia) berada di atas prinsip yang benar iaitu menegakkan Islam secara menyeluruh.

Ia bermula daripada ikrar syahadah dan menunaikan tuntutannya dalam diri setiap individu, rumahtangga, bermasyarakat sehinggalah perkara yang tidak dilakukan oleh jamaah-jamaah lain secara tegas, iaitu menegakkan negara Islam.

Maka dengan itu, ia telah membezakan kita dengan parti-parti, jamaah-jamaah dan kumpulan-kumpulan lain termasuklah yang bernama Islam.

Prinsip ini menyebabkan kita menghadapi cabaran lebih banyak dan hebat, namun kita terus maju dan berkembang. Walaupun demikian, kita perlu memenuhi tuntutan-tuntutan yang berkait dengan setiap ahli di semua peringkat demi mencapai kemenangan yang dijanji kurnia oleh Allah s.w.t. yang bermaksud:

Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu, bahawa dia akan menjadikan mereka itu khalifah (orang yang memerintah dengan Islam) di atas bumi sebagaimana dia pernah mengurniakan khilafah kepada orang -orang yang terdahulu daripada mereka. Dia akan menjadikan agama mereka (Islam) yang Dia redha memerintah untuk mereka dan Dia akan menukarkan kepada mereka suatu keadaan selepas berada dalam ketakutan kepada keamanan. Mereka itu menyembahKu, tidak menyekutuiKu dengan sesuatu yang lain dan sesiapa yang menjadi kufur selepas itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Nur: 55)

Perlu difahami juga bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar yng benar tanpa membina peribadi dengan akhlak-akhlak berparti atau berjamaah.

Oleh itu, maka saya kemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk menjadi perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.

Akhlak Berparti

Dalam meniti liku-liku perjuangan Islam, ianya penuh dengan ujian, mehnah dan tribulasi yang begitu mendesak. Justeru, pada diri seseorang pejuang Islam itu perlu dihiasi dengan keindahan Islam dan diwarnai dengan akhlak berjamaah agar sepanjang merentasi ujian ini sentiasa dinaungi oleh rahmat Allah s.w.t.

Ini amat penting agar pertolongan Allah sentiasa bersama para pejuang.

Bagi meletakkan perjuangan kita diterima dan direstui oleh Allah s.w.t. serta mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

1.Ikhlas

Mestilah ikhlas yakni mampunyai niat yang benar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan di dalam negara yang melaksanakan hukum syariat.

Maksudnya: “Abu Musa al-‘Asy’ari r.a. telah menceritakan kepada kami, katanya : seorang arab Badwi datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu dia bertanya : “Orang yang berperang kerana mahukan ghanimah (harta rampasan), orang yang berperang supaya disebut (menjadi masyhur), berperang kerana riak (menunjuk-nunjuk kepada orang), maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berperang supaya kalimah Allah (agama Islam) itu menjadi paling tinggi maka dialah yang berperang pada jalan Allah.” (Muttafaq’Alaih)

Yang dimaksudkan dengannya perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan sama ada melalui cara pilihannya sehinggalah berperang di negeri yang tidak ada cara yang lain daripadanya mestilah dengan niat yang ikhlas.

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” (Al-Baiyinah: 5)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadith. Maksudnya:

“Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung keapda niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seseorang perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apabila mengikhlaskan niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti ‘ujub dan sum’ah.

Allah s.w.t. telah mengajar generasi awal di kalangan umat Islam dalam beberapa peristiwa di zaman Rasulullah. Di antara peristiwa-peristiwa itu ialah peristiwa uhud dan Hunain yang mejadi iktibar sepanjang zaman.

Dalam kes ini di Uhud, Allah s.w.t. telah berfirman, maksudnya:

“Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janjiNya kepada kamu ketika kamu membunuh mereka dengan izinNya sampai kepada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusanitu dan menderhakai perintah rasul sesudah Allah memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu sukai, di antara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu dan Allah mempunyai kurnia atas orang-orang yang beriman.” (Ali ‘Imran: 152)

Allah s.w.t. juga telah berfirman berkenaan dengan peristiwa Hunain, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu di medan peperangan yang banyak dan pada hari berlaku peperangan Hunain ketika kamu megah dengan diri sendiri kerana ramainya jumlah kamu, mak jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada kamu sedikitpun dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu lari ke belakang bercerai-berai, kemudian Allah menurunkan kemenangan kepada rasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dn Allah mengazabkan orang-orang kafir dandemikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir, kemudian Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendakiNya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al -Taubah: 25 – 27)

2.Percaya dengan baik kepada Allah (husnu al-thiqah billah), memohon pertolonganNya dan percaya kepada janjiNya.

Seseorang yang menceburkan dirinya dalam perjuangan Islam mestilah percaya kepada jaminan Allah dan janjiNya di dunia dan akhirat.

Perkara ini hendaklah dinyatakan dengan mengadakan hubungan yang baik dengan Allah dengan sifat taqwa, mengerjakan perintah dan meninggalkan laranganNya, sehingga ia tidak boleh dijelaskan oleh amaran, sogokan dan bagaimana sekalipun keadaan dan sifat-sifat musuh-musuh Islam itu dan sehingga tidak ada di dalam diri perasaan tidak ada harapan untuk mencapai kemenangan bagi menegakkan cita-cita Islam dan juga perasaan tidak yakin dengan janji Allah s.w.t. di akhirat.

Orang-orang yang berjuang bersama Rasulullah s.a.w. yang melakukan hijrah dan orang Ansar yang menerima dan memberi tempat kepada Islam di tanah air mereka yakin kepada janji Allah di dunia dan akhirat, walaupun tidak ada suatu wawasan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan situasi yang terang-terang menandakan kemenangan Islam,mereka percaya kepada firman Allah,maksudnya:

“Dan sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang menolong agamaNya, dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang kami bolehkan kepada mereka memerintah di bumi mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran da bagi Allah akibat segala urusan.” (Al-Hajj: 41)

Rasulullah tidak menerima Bani Amir kerana mereka meminta jawatan sebelum mencapai kemenangan dan tidak menerima Bani Syaiban kerana mereka takut menghadapi Parsi yang menjadi kuasa besar dunia dn tidak yakin bahawa Islam dapat menumbangkan Parsi dan Rom.

Tetapi sebaliknya berbai’ah dengan aus dan Khazraj yang percaya kepada Allah dan janjiNya di dunia bahawa Islam akan menang dan jnji kebahagiaan di akhirat. Lalu mereka menunaikan perintah Allah dengan patuh dan menhadapi penghalangnya yang datang dari segenap penjuru dan sentiasa menunggu wahyu dan sabda untuk dilaksanakan dan diperjuangkan.

3.Istiqamah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain dan hanyut bersama arus jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan.

Allah berfirman kepada Musa a.s. dan Harun a.s. yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya maksudnya:

“Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orangyang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).” (Yunus: 89)

Firman Allah s.w.t. kepada nabi kita Muhammad s.a.w., maksudnya:

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (Hud: 112 – 113)

Dalam peristiwa yang lain pula dinyatakan, apabila sufyan bin Abdullah berkata kepada Rasulullah s.a.w., maksudnya:

Daripada Sufyan bin ‘Abdullah al-Thaqafi katanya: “Aku bertanya: Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan kata-kata yang jelas sehingga aku tidak perlu lagi beranyakan mengenainya kepada seseorang yang lain daripadamu. Sabda Rasulullah s.a.w.: Katakanlah, Aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah.” (Riwayat Ahmad)

Para rasul dan para sahabat adalah orang-orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah itu sangat penting dan mestilah berterusan kerana ia menjadi tunggak dan cara untuk mendapatkan pertolongan Allah s.w.t., bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya menjadi sia-sia.

4.Taat

Ketaatan itu lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut. Apabila kepimpinan mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya.

Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa kelapangan dan kesempitan dalam perkara yang tidak maksiat.

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.” (Al-Nisa’: 59)

Rasulullah s.a.w. telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antaranya ialah Bai’ ah al-‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah yang merupakan perintah yang sangat penting yang membawa kepada tertegaknya sebuah negara Islam. Di dalam bai’ah itu Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Berbai’ahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di masa cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang,menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah s.w.t. tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbai’ah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, ister-isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk syurga.” (Riwayat Ahmad)

Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan kepimpinan sehingga menjadi kelam kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.

Ketaatan membawa penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti dan melaksanakan amal jama’ie yang tidak boleh dijejaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti menjadi celaru dan tidak selaras di antara satu sama lain.

Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbaga-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

5.Ukhuwwah (persaudaraan Islam)

Ahli-ahli parti dan penyokongnya di semua peringkat laksana batu-bata yang berselerak dan perlu diikat dengan teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di antara satu sama lain.

Bagi menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini, maka Rasulullah s.a.w. menjadikan di antara perkara pertama ketika hijrah ialah mempersaudarakan di kalangan Muhajirin dan Ansar. Melalui hubungan persaudaraan ini, maka keteguhan saf di dalam perjuangan Islam itu dapat diwujudkan.

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)

Sebarang kekosongan yang memutuskan saf nescaya dicelah oleh syaitan yang dapat menjejaskan jentera parti dan perjalanannya.

Kegiatan usrah adalah sebahagian daripada langkah mengeratkan persaudaraan, kerana perkataan usrah yang bermakna keluarga itu adalah lebih bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan menyelesaikan masalah secara kekeluarga, adapun penekanan ilmu lebih ditumpukan dalam majlisnya sendiri iaitu majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh parti, begitu juga dengan kerja-kerja kebajikan di kalangan ahli-ahli parti yang mewujudkan berlakunya tolong menolong di antara satu sama lain.

Demikian juga sebarang perhimpunan dianjurkan oleh parti dengan meyusun petugas-petugasnya dapat menjalinkan tolong- menolong yang mengeratkan persaudaraan.

6.Kerahsiaan

Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru, mereka sentiasa mengintip segala kegiatan parti untuk menentangnya, oleh itu kita tidak boleh boros dengan kenyataan yang mendedahkan kerahsiaan, membongkar perkara-perkara dalaman yang tidak patut dibuka kepada umum sehingga mendedahkan kelemahan kepada musuh dan memberi kemudahan kepada mereka untuk memukul dan melumpuhkan parti serta menggagalkan perjalanannya.

Sirah Rasulullah s.a.w. banyak mengajar kita di dalam perkara ini secara praktikal, di mana kemenangan banyak dicapai dengan cara-cara yang mengejutkan musuh dan mereka tidak ada ruang untuk mengambil kesempatan dari beberapa kelemahan yang ada.

Parti bukan sahaja perlu menyusun strategi yang baik dan rapi tetapi juga perkara-perkara yang menjadi suatu kerahsiaan yang tidak boleh diumumkan , adalah tidak wajar semua ahli mengetahui segala yang dirangka oleh kepimpinan termasuklah perkara yang perlu dirahsiakan. Adalah tidak bijaksana sekiranya untuk mengumumkan semua perkara dan ahli-ahli menekan dalam perkara ini sehingga menjejaskan ketaatan dalam melaksanakan tugas parti.

Sebaliknya sebarang rahsia musuh yang dapat dikesan sama ada kecil ataupun besar hendaklah dilaporkan kepada parti.

7.Tidak leka dengan pencapaian yang ada

Seringkali berlaku apabila terdapat sedikit kemajuan atau kemenangan menyebabkan berlakunya kelekaan dalam menjalankan tugas dan memberi sumbangan kepada parti. Allah s.w.t. telah menegur para sahabat r.a. apabila mereka memandang ringan kepada kewajipan jihad setelah mencapai beberapa kemenangan.

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)

Seringkali berlaku di negeri atau kawasan yang mencapai kejayaan berlakunya kecuaian walaupun untuk mempertahankan kemenangan itu, sehingga tugas-tugas parti menjadi perkara-perkara sampingan.

8.Menunaikan janji dan beriltizam dengannya

Allah s.w.t. telah memberi penegasan dalam perkara ini dengan firmanNya yang bermaksud:

“Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak ( mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Nahl: 91)

Samada perjanjian dengan jamaah atau perjanjian sesama sendiri dan termasuklah juga perjanjian dengan musuh-musuh hendaklah ditunaikan dan disempurnakan dengan baik. Sebarang kemungkinan boleh menghilangkan kepercayaan di antara satu sama lain dan menghilangkan kewibawaan.

9.Tidak melampau

Allah s.w.t. melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh di medan perang, maka terlebih utama terhadap sesama sendiri dan ketika muwajahah salasiyah.

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

"Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Al-Baqarah: 190)

Penutup

Demikianlah sebahagian daripada perkara yang perlu diberi perhatian dan dibincangkan di samping bermuhasabah kepada diri sendiri dan parti supaya perjuangan kita diterima, diredhai Allah dan dikurniakan kemenangan dunia dan akhirat.







Sabtu, 7 Ogos 2010

Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah



Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat
MUQADDIMAH

Semua pihak dari kalangan anggota Harakah Islamiyah di seluruh dunia berpendapat betapa besarnya peranan tarbiyah dalam menjamin kemurnian dalam memenuhi matlamat dan cita-cita Islam sepanjang zaman.

Ini kerana tarbiyah menanam dan memperkukuhkan pergantungan yang kuat dari aspek aqidah dan memenuhi syarat-syarat kemenangan kepada janji Allah s.w.t.:

Maksudnya:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami katakutan (dari ancaman musuh).Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasulullah; supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Nur: 55 – 56)

Walaupun urusan yang silih berganti dan berlakunya pasang surut dalam arena sejarah dan perkembangan umat Islam, namun Islam tetap dipelihara dan terpelihara mengikut sunnatullah dan harapan kemenangan tetap akan berlaku.

Oleh itu, kita mestilah mempunyai harapan dan percaya janji kepada Allah s.w.t. yang akan memberi kemenangan kepada Islam, walaubagaimana besarnya cabaran yang akan dihadapi oleh perjuangan Islam, dan walaubagaimana ketat dan ganasnya tindakan musuh, namun kerana kebesaran Islam itu adalah dari Allah s.w.t. Yang Maha Besar, maka tidak mungkin menghalang janjiNya yang pasti ditunaikan di dunia dan di akhirat.

Kita juga mestilah menyedari bahawa pertarungan di antara iman dan kufur, Islam dan jahiliyah itu terus-menerus berlangsung mengikut cara pada zaman masing-masing.

Maka, perubahan zaman dan cara inilah memerlukan berlakunya tajdid dalam Harakah Islamiyah, bagi berdepan dengan cara, taktik dan strategi yang sentiasa diubah oleh penentangnya.

Fahaman sekular yang menjadi senjata berbisa dengan pelbagai ideologinya yang telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke dalam roh, akal, budi dan tindak-tanduk umat Islam melalui serangan pemikiran (ghazwu al-fikri) yang meminda caranya dari pemisahan agama dan politik secara total, kepada menghormati arus kebangkitan Islam yang berlaku di mana-mana supaya tidak menongkah secara berdepan.

Sebaliknya mereka telah menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya setempat untuk memesong umat Islam dari landasannya.

Dengan cara ini mereka telah berjaya menipu kalangan cerdik pandai, ahli politik dan ahli akademik termasuk para ulama’ sehingga mereka tidak bersimpati kepada perjuangan Islam yang tulen melalui parti Islam di mana-mana dengan berbagai anggapan yang direka-reka.

Bekas Perdana Menteri Mesir, Dr. Mustafa Khalil pada tahun 1981, bersama Menteri Luarnya pada masa itu, Dr. Butros Ghali menghadiri satu forum bersama beberapa orang professor Yahudi di Israel yang pakar mengenai politik Asia Barat itu pernah menyatakan:

“Saya ingin menerangkan kepada saudara-saudara sekalian, bahawa kami di Mesir tetap memisahkan di antara kepentingan agama dan kepentingan kebangsaan, dan kami tidak menerima sama sekali kepimpinan politik yang berlandaskan kepada kepercayaan agama.”

Profesor Tpi Yafut dari kalangan Yahudi Israel menjawab:

“Menjadi satu kesilapan besar kalau diteruskan usaha memisahkan agama dan kepentingan kebangsaan. Rantau Asia Barat menjadi tempat kelahiran agama-agama samawi bukanya tempat fahaman nasionalisme.”

Begitulah kepekaan musuh Islam tentang reality dan menyedarkan pemimpin negara umat Islam seperti Mesir tentangnya. Sebenarnya, itulah yang akan dialami oleh seluruh dunia Islam, termasuk rantau kita, dengan perubahan teknik dan strategi yang selaras dengan kebangkitan Islam yang berlaku.

Maka, musuh dari dalam dan luar mempunyai rancangan dan taktik serta strategi yang sentiasa diperbaharui.

Bagi menjuruskan perbincangan tentang tarbiyah, apakah cabaran dan persiapannya? Sukacita ditegaskan bahawa perlunya kita melakukan tajdid, bagi membina fahaman kita sendiri dan masyarakat yang mejadi sasaran, manakala bidang-bidang yang lain seperti peneranganm pilihanraya dan sebagainya boleh disediakan dan dilakukan tindakannya oleh pihak lain.

Pembahagian perbincangan tersebut adalah seperti berikut

Tajdid dalam Perkara Aqidah

Dalam pengajian Aqidah Islamiyah yang sebenar, kita tidak boleh berganjak daripada prinsip aqidah yang telah dinaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran di zaman seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul sehingga Hari Kiamat. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

“Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 256)

Al-Quran dan sirah Rasulullah s.a.w. telah menerangkan secara jelas dan terperinci cabaran penentang aqidah dari kalangan musyrikin yang dilihat dengan nyata amalan syiriknya, golongan ahli kitab yang memahami ajaran agama memainkan peranan yang sangat mengelirukan dan golongan munafiqin yang mengadakan projek Islam Masjid Dhirar untuk mengelirukan sahaja tanpa matlamat Islam.

Tajdid dalam memahami dan menerangkan perkara aqidah mestilah mengikut cabaran semasa. Golongan musyrikin tidak lagi berupa Firaun yang mengaku menjadi tuhan atau abu Jahal dan pengikutnya yang menyembah berhala.

Tetapi ianya diperbaharui dengan fahaman maddiyah yang menjadi berhala baru yang dipuja, sehingga mempengaruhi matlamat hidup dunia dan akhirat, kepercayaan dalam perkara rezeki dan kepentingan yang amat menjejaskan aqidah umat dan menggugat bukan sekadar di kalangan umat Islam secara umum, bahkan para pendakwah dan pejuang Islam juga akan turut tergugat.

Penyelewengan ahli kitab bukan sekadar di kalangan penganut ahudi dan Nasrani yang menjual agama Allah dengan dunia dan kemewahan yang dikejar, tetapi juga wujud di kalangan umat Islam iaitu para ulama’ jahat (ulama’ su’) yang boleh dipergunakan oleh musuh.

Dalam memahami cabaran ini, kita perlu meneliti sejarah peranan para sahabat r.a. dan generasi ulung umat Islam. Walaupun tanpa penyertaan Rasulullah s.a.w. kerana kewafatan baginda, namun mereka dapat memahami setiap perkembangan semasa mengikut zamannya.

Mereka menyambung jihad menegakkan negara Islam dan mempertahankannya tanpa dapat digagalkan oleh kuasa besar Parsi yang mempertahankan syirik dan Rom yang mempertahankan ahli kitab serta golongan riddah yang masih mengucap dua kalimah syahadah, melaungkan azan, mendirikan sembahyang dan perkara-perkara lain tetapi hanya menafikan hukum wajibnya zakat sebagai salah satu daripada rukum Islam dan hukum Islam di samping menolak agama secara menyeluruh.

Generasi selepasnya boleh menghadapi cabaran kelahiran perpecahan dalam masyarakat Islam kerana kesan daripada perkembangan politik dalam masyarakat Islam sendiri sehingga melahirkan fahaman Syiah dan Khawarij.

Di zaman Abbasiyah pula, melalui saluran perterjemahan ilmu asing secara silap tanpa penapisan lahir pula golongan Muktazilah, Jabariyah dan sebagainya. Namun, kemurnian aqidah negara dan umat dapat dipertahankan walaupun rupanya berbeza.

Tetapi gerakan tajdid yang berlaku dalam perkara aqidah ini dapat mempertahankan fahaman yang istiqamah dan memahami segala penyelewengan aidah yang dipinda caranya.

Kini, kita masih lagi berdepan dengan anggapan bahawa tidak menjejaskan aidah bukan sahaja dalam menganut ideology bukan Islam, tetapi juga menolak hukum yang dinaskan di dalam al-Quran dan hadith seperti qisas dan hudud, dan mempersendakan amalan cara Islam seperti memisahkan kaunter pembayaran lelaki dan wanita dengan berbagai-bagai alasan.

Sedangkan kitab-kitab aqidah menegaskan bahawa iman terbatal dengan mempersendakan ajaran Islam walaupun dalam perkara sunat, makruh dan harus. Ini menunjukkan pengajian Islam sebenarnya tidak diselaraskan denga tajdid dalam memahami Aqidah Islamiyah dan pengajiannya.

Oleh itu, maka tarbiyah dalam perkara aqidah melalui huraiannya dalam pengajian dan penerangan mestilah dengan penuh kebijaksanaan untuk memahamkan perkara ini dalam konteks semasa, reality dan situasinya.

Tajdid Dalam Perkara Amal

Kita tidak perlu menjelaskan di sini dalam memahami amal fardhu ‘ain dan fardhu kifayah, fardi dan jama’I, yang sudah ada nas yang jelas pada prinsipnya dan huraiannya serta khilafiyah dalam perkara furu’nya oleh para ulama’ dalam semua mazhab di dalam kitab-kitab yang telah dikarang.

Seperti perkara-perkara sembahyang lima waktu, sembahyang sunat, sembahyang berjamaah, sembahyang jenazah dan urusannya, haramnya riba’, judi, arak dan lainnya, wajib berjihad apabila negeri telah diserang oleh musuh Islam secara bersenjata. Dalam perkara ini masyarakat Islam sangat kaya dengan penulisan dan lisan.

Apa yang menjadi masalah ialah mengajak beramal untuk turun ke dalam gelanggang masyarakat yang telah diharu-birukan oleh gejala-gejala akhlak, kefahaman dan sikap berkecamuk kesan daripada serangan pemikiran moden melalui politik, ekonomi, pendidikan, media massa dan berbagai-bagai aktiviti yang boleh menjejaskan aqidah dan amal Islam.

Amal yang memerlukan angkatan penyelamat yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.:

Maksudnya:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali ‘Imran: 104)

Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w. perlunya amal fardi (individu) secara fardhu ‘ain dengan sabdanya:

Maksudnya:

Hadith Abu Said r.a. : Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a. katanya: Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu said berkata: Orang ini benar-benar telah membaalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka di ahendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

Di samping secara jama’i (organisasi) sebgaimana ayat yang tersebut dan ayat-ayat yang lain dan beberapa hadith Rasulullah s.a.w., di antaranya ialah peristiwa Bai’ah al-‘Aqabah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

Berbai’ahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di masa cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) dimasa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah s.w.t. tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbai’ah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk syurga.” (Riwayat Ahmad)

Hadith ini menjelaskan amal Islami dalam konteks sikap individu sehinggalah tuntutan ke peringkat mendirikan negara dan masyarakat Islam dengan besedia memenuhi tuntutan dan mengahdapi segala cabarannya seperti yang kita mahu lakukan dalam parti kita, Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Bagi memperincikan sifat-sifat yang perlu ada dalam setiap pejuang Islam, ianya merupakan buah daripada iman yan ikhlas iaitu:

1.Ketaatan secara mutlak kepada Allah s.w.t. dan RasulNya

2.Ketaatan kepada kepimpinan

3.Keikhlasan

4.Pengorbanan

5.Jihad

Sifat-sifat yang perlu dihindari pula ialah:

1.Derhaka

2.Tidak ikhlas

3.Pemalas

4.Bakhil

5.Penakut

Perkara Persekitaran

Kita keluarkan dahulu dari perbincangan kita, mereka yang berada dalam anggota masyarakat yang bernama Islam yang tidak peka dan tidak mempunayi kesedaran langsung dalam perkara ini yang lebih cenderung menjadi pencabar agama Allah s.w.t. daripada menjadi Ansarullah (penolong Allah).

Ramai mereka yang memilih iman yang lemah iaitu sekadar membenci di dalam hati walaupun mempunyai kemampuan. Ada pula yang melibatkan diri secara sambil lewa, tidak menyeluruh dan teragak-agak.

Samada secara individu atau menubuhkan kumpulan Islam dengan memberi penekanan dalam perkara dakwah sahaja ke arah mengajak kepada Islam secara borong tanpa memahami cara yang sepatutnya diberi kepada Islam dan meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya. Ada pula yang memberi penekanan dalam aspek tertentu tanpa mengikut kesempurnaan yang ada dalam ajaran Islam.

Samada kerana kejahilan atau pengecut dan tidak bersedia menghadapi kesukaran dan memberi pengorbanan kepada amal Islam. Allah s.w.t. sahajalah yang mengetahui apa yang tersirat di dalam hati mereka yang menjadi sebab-sebab dan punca yang mengganggu perjalanan kebangkitan Islam dan boleh memesong perjalanannya.

Kita sangat-sangat mengalu-alukan mereka yang menjadi pembantu kepada kerja-kerja Islam dan menjadi salah satu daripada mata jamaah Islam yang lebih besar dan menyeluruh.

Kita mestilah memungut sebanyak mungkin dari kalangan mereka, orang-orang yang boleh menjadi ahli kita atau pengikut atau bersimpati kepada perjuangan kita dan mengambil jalan tidak bermusuh dengan mereka sehingga meramaikan lagi jumlah musuh, atau terdapat mereka yang boleh diambil kesempatan oleh musuh sehingga boleh menjadi alat untuk menentang kita.

Perkara Dalaman

Terdapat juga perkara dalaman parti yang masih belum selesai. Adapun perkara individu ahli seperti tidak ikhlas, ‘ujub, riak, hasad, tamak dan lain-ain terpulanglah kepada diri masing-masing untuk membuat muhasabah dan membaiki diri sendiri.

Perkara ini sangat perlu kerana perjuangan PAS tidak ada elaun dan upah kebendaan (maddiyah) yang ditetapkan.

Terpulang kepada masing-masing membetulkan diri sebelum mati. Penekanan perlu diberi kepada perkara dalaman parti, yang masih belum selesai sebelum kita menghadapi pilihanraya tahun-tahun yang akan datang.

Masih ada yang seperti tidak faham bahawa di dalam ‘amal jama’i ada perkar-perkara yang dinaskan oleh al-Quran, al-Hadith, ijma’ para ulamak dan Qias yang nyata menjadi hukum tertinggi menurut undang-undang tubuh PAS.

Adapun perkara yang tidak dinaskan seperti keputusan-keputusan yang diambil dalam perkara urusan pentadbiran, pengurusan dan beberapa tindakan dalam perkara-perkara taktik dan strategi diputuskan oleh kepimpnan secara individu atau secara syura yang telah menjadi keputusan yang wajib dipatuhi mengikut prinsip ketaatan dan berbai’ah kepada parti.

Walaupun begitu, masih ada yang tidak mematuhi secara individu atau kumpulan sehingga memerlukan adanya tindakan disiplin yang tegas perlu diambil walaupun tindakan disiplin adalah penyelesaian terakhir, demi kepentingan parti kerana ianya boleh menghalang kelancaran dan penyelarasan perjalanan organisasi.

Semua perkara ini adalah menjadi perkara dalaman yang menjadi cabaran yang berterusan, yang kadang-kadang boleh melambatkan kemenangan atau tidak layak mendapat janji kemenangan dari Allah s.w.t. Yang Maha Penyayang kepada perjuangan Islam dan penyokongnya.

Maka suatu kajian perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya dikenalpasti adakah kerana kelemahan dalam proses tarbiyah yang tidak mencecah kesedaran dan kefahaman ahli atau kelemahan daripada mereka sendiri. Dengan kajian ini, tindakan yang komprehensif dan terancang rapi mampu diwujudkan untuk menyelesaikan segala kelemahan yang wujud.

Tajdid Dalam Perkara Taktik Dan Strategi

Dalam menangani perkara ini kita perlu mengambil kira hal-hal yang tersebut di atas yang wujud dalam parti atau masyarakat Islam yang boleh menganggap parti Islam ini asing daripada mereka. Maka, gerakan parti yang dilakukan di semua peringkat seperti dewan-dewan dan lajnah-lajnah disusun dan diselaras dengan rapi di samping peranan melalui bidang masing-masing.

Semuanya mempunyai hubungan yang erat supaya program-program tarbiyah parti pada masa akan datang manjadi lebih berkesan di samping melihat kepada tindak tanduk pihak kerajaan yang mahu bermusuh dengan kita samada dengan perangai lama atau baru muncul seperti melaksanakan undang-undang dan tindakan yang telah sedia ada atau melaui perkembangan lebuh raya maklumat, di mana semuanya menjadi cabaran padahari-hari yang akan datang.

Insya’Allah, banyak lagi program tarbiyah yang telah sedia ada wajib diteruskan kerana keberkesanannya yang nyata dalam mempertahankan kewibawaan parti dan meningkatkan prestasinya dan boleh menghadapi segala cabaran tersebut.

Dalam persediaan individu kita perlu meningkatkan diri dengan mengambil contoh sifat-sifat wajib bagi Rasul s.a.w. iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Sifat-sifat ini adalah keperibadian unggul dalam mencapai cita-cita dakwah dan ketahananya dalam menghadapi segala cabaran.

Maka setiap ahli akan menjadi anggota parti yang dijalin dengan ikatan yang teguh sehingga membina kekuatan jamaah yang mampu mencapai dan mengisi kemenangan.

Program Tarbiyyah

Dalam merealisasikan tarbiyah Islamiyah yang menepati prinsip aqidah dan mencapai matlamatnya, maka dicadangkan program-program berikut:

1.Tarbiyah Dalaman

Penekanan kepada aqidah dan membentuk Syakhsiyah Islamiyah Harakiyah Jama’iyah. Program berkaitan yang boleh dijalankan adalah:

a)Kelas-kelas pengajian

b)Usrah

c)Tamrin dan daurah tadribiyah

d)Liqa’ al-fikri

Program ini disasarkan kepada kepimpinan di beberapa peringkat danjuga ahli-ahli di semua peringkat, dewan ulama’, pemuda, muslimat dan pelajar-pelajar.

2.Tarbiyah Untuk Masyarakat Umum

Ia bertujuan memberi kesedaran Islam dan kefahaman yang betul kepada masyarakat umum sehingga menyertai PAS atau menjadi penyokong. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan untuk sasaran ini adalah seperti berikut:

a)Pengajian umum

b)Program pengajian ILHAM dan lain-lain

c)Sekolah

d)Pusat pengajian yang dikendalikan oleh ahli-ahli PAS

e)PASTi

Antara masalah yang perlu diatasi adalah:

a)Manhaj tidak sampai ke bawah

b)Trend luar

c)Secara persendirian

d)Keberkesanan

e)Kelembapan

Penutup

Demikianlah secara ringkas tajuk ini disediakan huraiannya untuk menjadi bahan perbincangan mudah-mudahan diberi manfaat, taufiq, hidayah dan istiqamah.



Jumaat, 23 Julai 2010

UMAT ISLAM KENA JADI HEBAT




Umat Islam mesti mempunyai ketumbukan tersendiri, penganutnya mestilah menjadi orang yang hebat, jangan jadi penakut, bacul untuk menentang kebatilan, Islam agama yang hebat dan tidak mampu tidak pembawanya mesti menjadi orang yang hebat.. Apa gunanya kita Islam, nak buat kerja Islam pun payah, kita dapat kenikmatan Islam pada hari ini adalah jasa daripada pejuang- pejuang terdahulu, susah payah mereka berjuang untuk melihat kecantikkan dan kemanisan Islam dapat dirasai oleh masyarakat Islam hari ini,t api malangnya masyarakat Islam tidak menghargai jasa pejuang- pejuang Islam terdahulu.. Walaupun Malaysia sudah lama merdeka tetapi minda rakyat masih lagi terjajah..

Mengapa kita menjadi penakut?

Mengapa umat sekarang menjadi penakut.. Penganut Islam adalah golongan majoriti di dunia ini, ramai tetapi juga penakut, nak selamatkan masjid aqsa pun penakut, tidak bersatu, pentingkan negara masing- masing.. TIdak rasa bertanggungjawab terhadap umat isklam lain yang ditindas, bila fikir sedih, dimanakah kesatuan ukhuwwah yang diikat atas dasar akidah?? Walaupun negara besar, pemimpin hebat, tapi kerana kurangnya hubungan dengan Allah, Allah telah kecilkan hati mereka, Allah telah campakkan di dalam hati mereka penyakit Wahn iaitu cintakan dunia takutkan mati..

Dimanakah penganti Salahudin Al- Ayubi..

Sejarah Islam menunjukkan kehebatan Tokoh besar seperti Salahuddin AL- Ayubi yang merampas Al- Aqsa daripada tangan orang kafir.. Analisa, kajian kemenangan mereka semuanya adalah kerana kakraban mereka dengan, dan hasilnya melahirkan suatu kekuatan yang sangat hebat, jadi mengapa umat islam takut, kelebihan kita, kita ada Allah S.W.T.. Untuk mencari pengganti seperti mereka memerlukan suatu usaha yang sangat hebat, suatu pendidikan dan pengkaderan, pembentukkan kena pada sekarang.. Berkat penubuhan Ikhwan Muslimin di Mesir ia memberi kesan kepada penubuhan Jamaah di seluruh dunia yang matlamatnya untuk mendirikan Khilafah Islamiah.. Proses pengkaderan dilakukan oleh Jamaah tersebut untuk mencari pelapis pimpinan yang bakal membawa misi dakwah ini kelak, dan agar Solehuddin ke dua dapat dilahirkan..

Umat Islam kena berani


Wahai pejuang- pejuang agama Allah mengapalah kamu masih lagi leka dengan nikmat dunia?? Mengapakah kamu jadi penakut, tidak risaukah kamu apabila Umat Palestin mempersoalkan di hadapan Allah kelak, "apakah sumbangan yang kamu lakukan untuk menyelamatkan al- aqsa? Apakah yang kamu buat apabila melihat kami diperkosa dan dibunuh dengan kejam.. Apakah tindakah kamu???" Adakah ayat- ayat ini masih lagi tidak membangkitkan semangat kita?? Mengapakah disuruh berjuang amu jadi malas dan penakut, dimanakah nilai maruah dan kemanusiaan kamu?? Rasulullah pun dihina ketika menyebarkan dakwah, itu adalah asam garam perjuangan.. Macamana kita nak berhadapan dengan Rasulullah, sekiranya masa, tubuh badan kita , tidak disumbangkan kepada perjuangan Islam.. Tidakkah kamu malu???

Umat Islam hari ini kena bangun dari tidur, masing- masing kena tanam pada diri bahawa aku pejuang yang akan membawa panji Islam, akulah pejuang yang akan mengembalikan martabat Islam agar Islam kembali diletakan di tempat yang tinggi. Kata- kata As- Syahid Qutb yang terkenal..

"KITA BUKANLAH PEMULA PERJUANGAN, KITA JUGA BUKANLAH PENGAKHIR PERJUANGAN TAPI KITA ADALAH PENYAMBUNG MATA- MATA RANTAI PERJUANGAN"

Rabu, 21 Julai 2010

UMNO OH UMNO




Pelik betul UMNO yang mahu sangat bekerjasama dengan PAS, apa masalah UMNO sebenarnya?? Media- media UMNO begitu berusaha untuk mainkan isu kerjasama UMNO dengan PAS, sedangkan dikalangan Pimpinan- pimpinan PAS tidak pun berbunyi untuk mengadakan usaha kerjasama dengan UMNO.. Kata- kata pimpinan PAS klik DI SINI

Tidak habis dengan media mereka mempergunakan Mufti Perak Dato' Harussani menjadi orang tengah atas usaha sama ini, kata Dato' Harussani ada daripada Pimpinan PAS datang kepadanya untuk membincangkan perkara ini.. Siapa pimpinan tersebut tidak pula didedahkan.. Hmm.. UMNO mengakulah anda makin terdesak, takut kepada kekalahan, jadi cuba mempergunakan PAS sebagai penyambung tali hayat anda.. Tak malu ka? Kata Parti terbesar DI SINI.......

Kepada blogger cuba jaga adab dan akhlak ketika menulis, jangan tuduh melulu kepada pimpinan- pimpinan PAS, selidik dulu maklumat mana yang anda ambil, tak perlulah nak hurai panjang- panjang sangat sehingga boleh menyebabkan perpecahan... Sayanglah kita kepada JAMAAH,..

Kejadian-kejadian misteri di Perang Gaza



Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, “potongan” itu “tersepit” di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan lautan Mediteranean, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.

Sudah lama Israel “bernafsu” menguasai wilayah ini. Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk menundukkan kota kecil ini. Israel membuat pelbagai sekatan supaya rakyat Gaza kesulitan memperolehi bahan makanan, ubat-ubatan, dan senjata, telah dilakukan sejak 2006 hingga kini. Namun, penduduk Gaza tetap bertahan, bahkan perlawanan Gaza atas penjajahan Zionis semakin menguat.Namun, sekali lagi, negara yang tergolong memiliki militer terkuat di dunia ini tidak mampu menguasai Gaza.

Dunia juga menyaksikan bagaimana kapal-kapal bantuan dari negara lain dihalang dari memasuki Gaza. Umat Islam yang peka risau tetapi negara-negara kuasa veto buat tak tahu malah bersengkokol dengan Israel. Pemimpin-pemimpin negara Islam juga seperti malu-malu alah dengan Amerika kecuali dua Perdana Menteri yang lantang menyelar Israel dan Amerika iaitu Mahmoud Ahmadinejad, PM Iran dan yang terkini PM Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Photobucket
Recep Tayyip Erdogan menyelar hebat Israel secara depan Shimon Peres di World Economic Conference di Davos sebelum meninggalkan konferen tersebut dengan lalu di depan Peres.

Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan lokal yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang didukung kereta kebal Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan tan “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.

Akan tetapi di sana ada “kekuatan lain” yang membuat para Mujahidin mampu membuat “kaum pengganas” itu tidak dapat menguasai Gaza, walau mereka hanya dengan berbekalkan senjata-senjata “kuno”.

Itulah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas. Kisah tentang munculnya “pasukan lain” yang ikut bertempur bersama para mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa peristiwa “aneh” lainnya selama pertempuran, telah beredar di kalangan masyarakat Gaza, ditulis para wartawan, bahkan disiarkan para khatib Palestin di khutbah-khutbah Jumat mereka.

Pasukan “Berseragam Putih” di Gaza
Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.

Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.

Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah seorang anak lelaki disoal siasat mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

Saat disoal siasat, sebagaimana ditulis laman Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, lelaki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera Israel itu malah marah dan memukulnya hingga pemuda malang itu pengsan.

Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, lelaki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”

Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di laman milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenali. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan.”

Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, dari pasukan mana?” Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawapan satu-satunya yang ia miliki.

Suara Tak Bersumber

Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di laman Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).

Khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah periuk api yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.

“Saya telah menanam sebuah ranjau. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam periuk api” kata pejuang tadi.

Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengira periuk api itu tidak akan bekerja seoptimanya. Maklum, jumlah musuh amat ramai.

Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah” yang maknanya kurang lebih, “tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu.” Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.

“Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kapada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, karena tidak ada seorang pun yang bersama saya,” ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.

Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah kereta kebal melewati periuk api yang tertanam, sesuatu yang “ajaib” terjadi. Periuk api itu tiba-tiba meledak amat dahsyat. Kereta kebal yang berada di dekatnya turut hancur. Ramai tentera Israel meninggal terus. Sebahagian dari mereka terpaksa diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.

Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam situs alraesryoon.com, ikut mendukung kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan, “Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di perbatasan kota, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencoba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahwa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir.”

Cerita mengenai “pasukan tidak dikenal” juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang hendak meninggalkan rumah bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.

Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. “Kenapa kalian menangis?” tanyanya.

“Kami menangis bukan karena khuatir keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang,” jawabnya

Saksi Tentera Israel

Cerita tentang “serdadu berseragam putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa tentera pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.

Laman Al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.

“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentara berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.

Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.

Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan, “Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih berjanggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.”

Cerita ini menarik perhatian ramai penonton. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?

Sudah meletup tetapi ranjau masih utuh

Semasa para mujahidin tersepit, haiwan-haiwan dan alam tiba-tiba ikut membantu, bahkan menjelma menjadi sesuatu yang menakutkan.

Sebuah kejadian “aneh” terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah Ai Maghraqah. Semasa itu para mujahidin sedang memasang ranjau. Di saat mengulung kabel, tiba-tiba sebuah pesawat pengintip Israel menjejak mereka. Bom pun dijatuhkan ke lokasi itu.

Nasib baik para mujahidin selamat. Namun, kabel pengubung ranjau dan pemicu yang tadi hendak disambung menjadi terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya, karena pesawat masih berputar-putar di atas.

Tak lama kemudian, beberapa kereta tank Israel mendekati lokasi di mana ranjau-ranjau tersebut ditanam. Bukan sahaja melintasi, kereta-kereta tank itu malah berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu.

Apakan daya, kaum Mujahidin tak mampu berbuat apa-apa. Kabel ranjau jelas tak mungkin disambung, sementara kereta-kereta tank Israel telah berkumpul di atas ranjau.

Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebahagian yang lain berdoa, “Allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum,” yang bermaksud, “Ya Allah, sebagaimana Engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan serupa.”

Tiba-tiba, ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat persis di lokasi penanaman ranjau yang tadinya tak berfungsi.

Setelah tentera israel pergi dengan membawa kerugian akibat ledakan lersebut, para mujahidin segera melihat lokasi ledakan. Sungguh aneh, ternyata seluruh ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnva ledakan? Wallahu a’lam.

Masih dari wilayah Al Maghraqah. Semasa pasukan Israel menembak peledak ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para Mujahidin rasa khuatir jika api itu semakin tak terkawal.

Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa,”wahai dzat yang merubah api menjadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu.”

Maka, tidak lebih dari tiga minit, api pun padam. Para Mujahidin menangis terharu karena mereka merasa Allah Subhanuhu Wa Ta’ala (swt) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.

Cerita lanjut bolehlah klik DI SINI

Riak

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Nabi Muhammad s.a.w. sedang menangis, lalu saya pun bertanya Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:"Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah s.w.t.)." "Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah s.w.t. telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah s.w.t. Mereka berhenti di hariban Allah s.w.t. dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Akhlak dan Disiplin Di dalam Harakah Islamiah

Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Muqaddimah

Kemantapan sebuah Harakah Islamiah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjamaah, oleh itu di bawah ini dikemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk dijadikan perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.

Akhlak Berjamaah

Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat pertolongan daripada-Nya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

1. Ikhlas

Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaan-Nya dengan menegakkan agama-Nya sehingga didaulatkan.

Abu Musa Al Ashaari menceritakan: Seorang Arab Badwi datang menemui Rasullah, dia berkata:

“Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahu disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.”

Ini bermaksud perjuangan menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihan raya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.

Firman Allah, maksudnya:

“Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” (al Bayyinah : 5)

Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan hati dari sifat-sifat yang menrosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.

2) Istiqamah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya yang bermaksud:

Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu”. (Yunus : 189)

Apabila Abu Sufian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw:

Katakan kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya seseorang yang lain darimu. Sabda Rasulullah: Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah.”

Para rasul dan sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya sia-sia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan.”

3) Taat

Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengilut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah, maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin di kalangan kamu)”. (an-Nisa : 59)

Rasulullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul ‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah.

Di dalam Bai’ah itu Rasulullah bersabda:

Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”

Ketaatan Yang Dituntut

a) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah atau parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.

b) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

c) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

4) Wala’

Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakkan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh.

Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala’ dan disiplin dalam jamaah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah. Firman Allah, maksudnya:

Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka itu sentiasa ruku’” (al Maidah : 55)

Wala’ dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS)

Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala’ itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.

a) Wala’ terhadap aqidah perjuangan

Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan Rasul-Nya. Wala’ dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada rasul yang wajib dengan sifat-sifat kerasulannya.

Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada Allah dan rasul secara mutlak kepada Al Quran dan Al Hadith yang menjadi rukun dan hokum tertinggi bagi Harakah Islamiah, dan dalam konteks kita di Malaysia ini ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

b) Wala’ kepada Jamaah

Menurut rukun dan hukum haram berjamaah haram kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan jenteranya.

Adapun wala’ kepada jamaah itu bergantung kepada wala’ jamaah terhadap aqidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannya daripada menyeleweng.

c) Wala’ kepada pemimpin

Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tonggak yang penting kepada jentera dan perjalanan jamaah. Oleh yang demikian wala’ kepada pemimpin dalan pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh tanggungjawab. Wala’ ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.

Disiplin

Firman Allah, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”(ali Imran : 200)

Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaiman berikut:

1. Tatatertib dan kelakuan diri

2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik

3. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan

4. Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan

Harakah Islamiah (PAS) telah menetapkan perkara-perkara ini secara menetapkannya di dalam perlembagaan parti secara tegas. Di antaranya ialah menetapkan perkara yang dinamakan tatatertib:

1. Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah

2. Patuh kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya

3. Taat kepada arahan dan perintah jamaah

4. Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah sedaya upaya yang boleh

5. Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah

6. Beramal dengan akhlak Islam

7. Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah

Penutup

Akhlak dan disiplin penting bagi setiap ahli demi kebaikan jamaah. Setiap ahli mesti berdisiplin dan melengkapkan diri dengan akhlak Islam bagi meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan individu ahlinya menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan jentera dalaman yang baik bagi mentadbir segala kegiatannya.