Khamis, 17 Jun 2010

Lembu dan Anjing

Lembu : Hai anjing apa khabar? Nampak macam ada masalah jea..

Anjing : Haah, aku tensionala lembu, geram, marah pun ada kat manusia ini..

Lembu: Sebab apa? Diaorang nak bunuh ko ke? Ataupun diorang hina ko?

Anjing: Eh takla, yang aku geram manusia ni Allah dah bagi akal,, tapi tak gunakan akal itu dengan sebaiknya.. Contoh ko tengok, apa yang manusia buat, mereka sanggup buang anak merata- rata. Kita haiwan tak buat macam 2.. Mereka ni tahu buat anak jea, jaga anak tak tahu, Aku rasa kita ni lebihpandai daripada diorang..

Lembu : Ooo, Yea ke? Aku pun dengar juga, suatu hari, tuan aku tgh sembang dengan kawan dia, dia bgtahutahun 2009 jea lbh krg 17303 ribu lbh anak luar nikah yang berdaftar bawah JPN dilahirkan di Malaysia..Yang itu berdaftar, yang tak berdaftar mesti ramai lagi, apa nak jadi ni dengan manusia?????????? Mereka tidak takut ke dengan azab dan seksaan Allah..

Anjing : Ko nak tahu tak lembu?

Lembu : Yea apa dia?

Anjing : Ada hari 2 aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan tengah berkepit.. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata ‘”hoi anjing, pergi jauh- jauh.najis!”

Lembu: Ya, lah ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu anjing..

Anjing : Kalu aku najis sekalipun, kalu dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba- raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

Lembu : Betul 2, memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah. Lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak…

Anjing : Wah.. Ayat ko memang powerla.. Manusia kena ubah pepatah “ Pandai macam lembu”

Sahaja penulis tulis macamni, supaya kita dapat bandingkan manusia dan haiwan, haiwan tiada

akal tapi mereka tidak sampailah buang anak, tapi manusia apa nak jadi, klik

di sini

Seandainya haiwan boleh bercakap sudah tentu terjadinya dialog sepertimana penulis tulis…

Agaknya golongan yang buang anak ni layak tak kita panggil haiwan???.. Tapi dalam Al- Quran

surah Al- A’raf ayat 179 yang maksudnya:

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi Neraka Jahanam itu kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat- ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda- tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat- ayat Allah), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.. Mereka itulah orang- orang yang lalai"

Renung- renungkanlah.. Nak tengok gambar bayi yang tak berdosa di buang klik

di sini

Sebarkan kepada semua..

0 ulasan:

Catat Ulasan