Khamis, 17 Jun 2010

Pejuangkah kita????


Pejuangkah kita bila diajak pergi program usrah, macam- macam alasan diberikan,,kadang- kadang tiada kerja pun, tetapi mencari kerja untuk lari daripada usrah, ajakmain pun tak mahu mari, apatah lagi pengisian ilmiah,teringat pula kata- katasahabat ana Usrah nombor satu main nombor dua…. Pejuangkah kita bila di ajak pergi program qiamulail, ada sahaja alasan yang diberikan, letihla, ada kerja dengankawanla… Pejuangkah kita bila ajak buat kerja islam sedikit, berbagai alasan diberikan, malasla, tak mahulah, aku sibuklah, kau suruh orang lainla… Pejuangkah kitabila bagi jawatan, ada jea alasan yang diberi, aku tak mampulah, aku tak hebat macamko, aku ni jahat… Pejuangkah kita suruh keluar duit sedikit untuk islam, ada juga alasan yang diberikan, tiada duitla, tak mampulah, macam- macam…..Pejuangkah kita bila disuruh cakap tentang kebenaran, ada sahaja kata- kata yang dikeluarkan, aku tak beranilah, kaulah pergi cakap, dan macam- macam lagi, pejuangkah kitabila bertembung kehendak jamaah dan diri sendiri, dahulukan kehendak diri sendiri..Pejuangkah kita,bila suruh bagi cadangan, banyak pula cadangan yang dilontarkan, tetapi bila suruh laksanakan, macam- macam alasan diberikan, kaulah buat, aku tak mampu…..Sahabat-sahabat mengapa bila di ajak untuk buat kerja Islam, 1001 alasan diberikan,teringatkata- kata sahabat ana, bila kita bagi alasan untuk kerja Islam, makatunggulah Islam pulayang bagi alasan pada kita… Syeikh Said Hawwa Rahimahullah mengatakan tidaklah bagi pejuang dalam dirinya ada tiga perkara tersebut, PEMALAS,PENAKUT, DAN KEDEKUT…Dalam al- Quran surah At- Taubah
Ayat 38 dan 39

Allah S.W.T

berfirman yang maksudnya

WAHAI ORANG- ORANG YANG BERIMAN, APAKAH SEBABNYA APABILA DIKATAKAN KEPADA KAMU, “BERANGKATLAH (UNTUK BERPERANG) DI JALAN ALLAH”.. KAMU BERASA BERAT DAN INGIN TINGGAL DI TEMPATMU?? APAKAH KAMU PUAS DENGAN KEHIDUPAN DI DUNIA SEBAGAI GANTI KEHIDUPAN DI AKHIRAT? PADAHAL KENIKMATAN KEHIDUPAN DI DUNIA INI DIBANDINGKAN DENGAN AKHIRAT HANYALA SEDIKIT”

"JIKA KAMU TIDAK BERANGKAT UNTUK BERPERANG , NESCAYA ALLAH MENYIKSA KAMU DENGAN SEKSA YANG PEDIH DAN DIGANTI-NYA DENGAN DENGAN KAUM YANG LAIN, DAN KAMU TIDAK AKAN DAPAT MEMBERI KEMUDHARATAN KEPADANYA SEDIKIT PUN. ALLAH MAHA KUASA KEATAS SETIAP SESUATU”

Tidakkah kita takut, kitalah penyebab terkuburnya Islam di bumi Allah ini.. Islam tidak rugi langsung tiada kita,tapi kita yang rugi tanpa Islam… Perjuangan memerlukan pengorbanan..

Rehat di syurga…. Ya Allah aku mahu mati syahid.

0 ulasan:

Catat Ulasan