Isnin, 21 Jun 2010

Rakyat Malaysia dan Kerajaan Malaysia



Semakin hari, saban tahun, gejala sosial di Malaysia bukanya menurun, tapi semakin meningkat, kes buang anak, kes zina, kes tangkap khalwat makin berleluasa, pelakunya pula adalah orang Islam.. Ishh tak malu ke mereka dengan haiwan? Tak malu ke mereka dengan Allah.. Bagaimana Allah berfirman di dalam Al - Quran yang maksudnya

"wahai sekalian malaikat sesungguhnya aku mahu menjadikan khalifah di muka bumi"..

Siapa dia khalifah??, kitalah sapa lagi, kalau hangpa tak mengaku hangpa khalifah, baik hangpa duduk dalam hutan tinggal dengan monyet..

Ulama' menafsirkan bahawa yang dimaksudkan khalifah itu adalah "mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama".. Besar betul tanggungjawab manusia, bukannya kecil, jadi mengapa hangpa buat masalah, kalau dalam sistem kerja, kat mana pun buat salah sikit mesti kena pecat, tapi Allah taklah macam itu, Allah masing sayang pada kita (manusia) walaupun banyak buat salah padaNya.. Tak malukah kita??? Dahlah buat maksiat dengan nikmat yang Allah bagi, hangpa tak malu ke?? Mana nilai iman dalam diri anda, mana nilai taqwa dalam diri anda.. Ishh geram betul!, manusia seolah- seolah hari ini dah hilang maruah dan harga diri, mereka dah tak tahu malu nak buat maksiat, Kerja fikir nak seronok jea, lepas buat, dapat anak, anak buang merata- merata, hangpa pembunuh! tahu tak nilai nyawa berapa? Ada ke jual di pasar- pasar malam? tiada! sebab apa? sebab tiada nilai. tapi hangpa selamba jea buang anak, kalaulah mak ayah hangpa lakukan seperti apa yang hangpa buat, dah tentu hangpa tiada sekarang ni, tapi mereka tak buat macam itu, mereka beri hangpa kasih sayang, tapi hangpa apa yang hangpa buat? Tahu buat anak, tapi jaga anak tak tahu. Malu sikitlah kat haiwan, haiwan pun tak buang anak macam hangpa.. Agaknya hangpa ni lebih teruk dari haiwan kot.. Islam dah ajar pada kita, nak lakukan hubungan antara lelaki dan perempuan, kahwin, itukan jalan terbaik yang islam ajar, ni nak ikut jalan haram juga, jangan diikut nafsu, nanti badan merana..

Tak takut ke dengan azab Allah?, yeala hangpa buat macam ini bukannya fikir dah, azab- azab ni, fikir nak seronok jeea kan?? Tunggulah azab Allah mari, baru nak bertaubat, dalam al- Quran Allah berfirman yang maksudnya :

"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar" (Surah Ar- Rum ayat 41)..

Waktu tu dah tiada nilai taubat anda di sisi Allah... Kerajaan Malaysia apa cerita, apa yang anda buat, makan duit rakyat adalah, hangpa tak ambil kisah langsung dengan gejala sosial berlaku, sebab jenis hangpa pun memang jenis macam 2, ingatlah dengan hadis nabi yang maksudnya:

" Tidak ada seorang hamba yang Allah menyerahkan kepadanya urusan rakyat kemudian dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan syurga ke atasnya" ..

Hangpa kerajaan tak takut lagi ke?? Hangpa pun mana fikir dosa pahala ni dak, sebab hangpa pun fikir seronok jea.. Takutlah dengan azab Allah, laksanakan hukum Allah, kembalikan Al- Quran dan As- sunnah sebagai sumber undang- undang, itulah penyelesaian yang terbaik.. Pendedahan Masalah sosial yang berlaku terhadap remaja kita hari ini klik di sini. Selamatkan negara Malaysia Ya Allah.. Kekayaan pemimpin UMNO klik di sini

1 ulasan:

Unknown berkata...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Catat Ulasan