Jumaat, 18 Jun 2010

Nak berjuang tapi tak mahu tarbiyyah.....


Ramai nak berjuang tapi tak mahu tarbiyyah.. Sembang kemas betul.. Kalau suruh bagi cadangan macam cadangan dia bagi, tapi bila ajak pergi usrah, qiamulail, macam alasan yang dia bagi, ada kerjala, letihlah, macam- macam lagi, agaknya tarbiyyah ni boleh buat main ke??
Nak datang usrah pun payah, bila tanya kenapa? Cakap nak pergi talaqi., nak tidur, alasan tidur lagila tak boleh pakai.. Usrah bukannya lama pun, sekejap jea, itula medium tempat nak bersua muka dan nak merapatkan ukhuwwah, kalau tiada usrah jangan harap.. Nak bersua muka pun payah, sms apatah lagi, hmmm.. Payah betul nak layan orang macam ni.. Sahabat, perjuangan bukannya mudah, banyak liku- liku dan cabaran yang perlu dihadapi... Kalau setakat cakap semua orang boleh, tapi bila suruh laksanakan bukan semua orang boleh...

Kenapa pentingnya tarbiyyah

Proses mendekatkan diri dengan Allah sepertimana ayat al- quran yang maksudnya "Dan tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaku" surah Az- zariyat ayat 56, Kalau kita lihat sahabat,, kehebatan umat terdahulu, sehingga mereka berjaya menyebarkan Islam seluruh dunia adalah kerana hubungan merka dengan Allah terlalu dekat, siapa tidak kenal Salahuddin Al- Ayubi yang sentiasa memastikan tenteranya bangun untuk solat malam dan hasilnya beliau dapat membebaskan al- aqsa dan menakluki Palestin dari tentera salib, begitu juga Muhammad al - Fateh..

Melatih diri untuk sentiasa kuat bila berhadapan dengan dugaan dan ancaman.. Sahabat- sahabat sirah nabi telah menunjukkan bahawa jalan untuk menegakkan agama Allah bukannya jalan mudah, ramai dikalangan sahabat telah gugur syahid, untuk jadi seperti itu kefahaman tentang islam kena lebih mendalam, tarbiyyah sudah pasti kena cukup, hari ni isu yang berlaku lompat parti dalam Pakatan Rakyat oleh Ahli Parlimen PKR, sangat memalukan, mengapa terjadi sedemikian??? Atas sebab kerana kefahaman kurang tentang perjuangan dan kurangnya tarbiyyah menyebabkan mereka sanggup mengkhianati rakyat dan islam.. Allah..

Sahabat- sahabat dalam waktu belajarlah kita gunakan masa yang ada ini untuk melatih diri kita menjadi Daie yang murabbi, faham itu islam, perjuangan.. Hari ini kalau kalau kita lihat, Tuan Guru Presiden menyatakan kita akan tawan Putrajaya tidak lama lagi, Pas telah kehadapan dalam merentasi isu semasa dan politik, wujudnya Dewan Perhimpunan Penyokong PAS melihatkan Pas telah diterima oleh semua kaum dan setiap peringkat.. Dalam ucapan dasar Tuan Guru Presiden Dato' Seri Abd Hadi Awang menyatakan bahawa PAS perlu memperkasakan tarbiyyah di peringkat cawangan dan kawasan,, adakah kita mampu tawan Putrajaya andaikata tarbiyyah kita masih longgar dan tidak kuat, mempunyai ahli yang mempermainkan tarbiyyah.. Sedarlah kawanku, perjuangan bukannya mudah, Islam tidak akan tertegak dengan kata- kata.. Islam akan tertegak dengan kerja dan kuatnya ahli dalam pergangtungannya pada Allah... Ampunkan dosaku Ya Allah... Aku mahu mati syahid..

0 ulasan:

Catat Ulasan