"Ikhlaskah aku ini??" Ahmad bertanya pada Azim... "Mengapa anta ni Ahmad, ana nampak anta ni macam gelisah jea".. "Tak tahulah Azim diri ini rasa gelisah tak senang duduk".. Mungkin cuaca panas di malaysia hari ini menyebabkan Ahmad rasa letih, tak sihat badan.. "Anta tak sihat ke?" "Ke ada masalah??" Kebetulan hari tersebut adalah hari jumaat, dan persatuan menetapkan hari jumaat untuk berusrah bagi mahasiswa.. "Azim hari ini dalam usrah kami membincangkan tentang hadis 40, hadis yang pertama berkaitan dengan niat".. muka Ahmad masih lagi gelisah.. "OOO yea ke jadi???" "Aku risaulah Azim, masalah yang dihadapi oleh kita sebagai pejuang Islam??" "Mengapa Ahmad?" Tanya Azim, betul- betul ingin tahu, yeala Ahmad terkenal dengan hebat dari sudut ilmunya, banyak benda yang Azim belajar dengan Ahmad, sebab itulah Ahmad memang layak untuk dilantik sebagai Exco dii tempatnya.."Anta cuba tengok sahabat- sahabat kita, program usrah tak mari, puas naqib call, tak berjawab, bila tanya sebab apa, tidur, letih dan macam- macam alasan lagi dia bagi, bila kita buat pengisian dalam bentuk permainan pun dia tak mahu mari", "Ana kagum dengan seorang sahabat ana ni, Ariff, walaupun duduk tinggal jauh daripada kita, tapi sanggup mari usrah. Sahabat- sahabat kita yang lain, yang duduk dekat tak pula nampak batang hidungnya.. Ana betul risaula Azim, dengan sahabat kita, seolah - olah ukhwah yang dibentuk telah menjadi kuah, ada daripada kalangan sahabat- sahabat kita mahu lari daripada usrah, yang macam ini ana lagi risau, ana tak tahu nak buat bagaimana lagi Azim, adakah ini disebabkan niat kita?? Ada daripada kalangan exco juga bermasalah, kerja tak seberapa pun, tapi nak bermegah- megah dengan jawatan yang mereka ada, hubungan dengan ahli tak jaga pun, selalu bermegah dengan programnya tapi hasilnya hanya Allah sahaja yang nilai, bila sebut jea program tarbiyyah, semua orang lari, bila nak ajak buat kerja amar makruf nahi mungkar semua orang tak mahu, apa nak jadi ni Azim.. Bagaimana Islam nak kuat apabila kita sebagai pejuang mengkesampingkan tarbiyyah, bagi banyak alasan,. ikhlaskah kita ni berjuang??? Tengok sahabat- sahabat nabi dahulu sebut sahaja kerja Islam, semua semangat, sebut sahaja usrah, semua nak pergi, tiada alasan yang diberi, ana suka betul dengan sahabat ana sorang ni Azim, pengorbanan tinggi betul, bila ajak buat kerja Islam, tiada alasan yang dia bagi, dia yang banyak bagi nasihat pada ana, tiada istilah letih dalam kerja Islam, katanya, banyakkan berzikir bila rasa letih.. Ana teringat dengan Hadis Rasulullah Solallahua'alaihiwasallam bersabda yang maksudnya seorang arab badwi datang bertemu Rasulullah Solallahua'laihiwasallam lalu dia bertanya "Orang yang berperang kerana mahukan ghanimah (harta rampasan), orang yang berperang kerana mahu namanya disebut, berperang kerana mahu menunjuk- menunjuk kepada orang, maka siapakah yang dikira berperang di jalan Allah?" Sabda Rasulullah Solallahua'laihiwasallam: "Siapa yang berperang supaya kalimah Allah (agama Islam) itu menjadi paling tinggi, maka dialah yang berperang pada jalan Allah".. Azim agak- agaknya kita duduk di tempat mana?" sambil memandang muka Azim.. "Tak tahula moga- moga kita duduk ditempat yang rasulullah sebut".. "Insya'Allah, jom Azim hari dah lewatla, kita doakan semoga sahabat- sahabat kita bersama kita kembali".. Sambil bermonolog layakkah aku dipanggil pejuang..
Laman Page Dan FB Saya
10 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan