Kejatuhan khilafah turki uthmaniah dan mengapa perlu mengembalikannya
Muqoddimah
Khilafah turki uthmaniah bermula sekitar tahun1299M dengan othman I menjadi khalifah pertamanya selepas mana kerajaan bani abbasiyyah dihancurkan oleh tentera tatar. Kerajajaan turki uthmaniah semakin berkembang setelah beberapa siri kejayaan yang dicapai antaranya pembukaan kota Constantinople oleh sultan muhammad al fatih. Sultan yang terakhir bagi kerajaan turki uthmaniah ialah sultan‘Abdul Majid II {tahun1340-1342 H/1922-1924 M}.
Kerajaan melayu islam di nusantara juga mempunyai hubungan dengan keraajan turki uthmaniah. Diantaranya ialah kerajaan islam acheh.acheh pernah menghantar surat kepada kerajaan turki uthmaniah memohon naungan dari mereka dan gelaran sultan yang digunakan di nusantara adalah melalui kebenaran dari kerajaan turki uthmaniah. Ketika kejaan melayu melaka diserang dan dijajah oleh portugis, kerajaan melayu acheh telah meminta bantuan armada perang dari keraajaan turki uthmaniah untuk menyerang melaka.acheh juga pernah meminta bantuan turki uthmaniah dalam menakluk daerah-daerah sekitarnya.
Krononogi kejatuhan khilafah
Antara pihak yang memainkan perananan yang cukup penting dalam menjatuhkan khilafahh turki uthmaniah ialah yahudi. Mereka datang dan berhijrah beramai-ramai ke daulah islamiyyah turki setelah mana mereka diusir dan menerima tekanan dari negara-negara eropah khususnya portugal dan sepanyol. Hal ini berlaku selepas mana khilafah abbasiyyah di andalus dikalahkan oleh tentera salib yang telah mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai masyarakat islam dan yahudi.
Di bawah undang-undang yang kejam yang dilaksanakan oleh raja-raja kristian di Sepanyol, lebih dari 4,000 orang Yahudi telah dibunuh di bandar Seville sahaja dalam bulan Jun 1391. Dalam bulan April 1482, orang-orang Yahudi dikenakan perintah berkurung di penempatan mereka dan tidak dibenarkan sama sekali tinggal di luar. Pada bulan Mac 1492, suatu perintah dikeluarkan yang mengarahkan orang-orang Yahudi di Sepanyol sehingga 31 Julai untuk menerima agama kristian atau diusir keluar dari Sepanyol. Dianggarkan 50,000 Yahudi memeluk kristian dalam keadaan dipaksa akibat perintah itu dan antara 165,000 dan 400,000 Yahudi dipaksa meninggalkan Sepanyol tanpa dibenarkan membawa barang-barang kepunyaan mereka.
Yahudi melarikan diri ke Daulah Islamiah. Mereka menyadari bahawa Daulah Islamiah melaksanakan undang-undang Allah SWT, menjamin perlindungan, keamanan dan kemakmuran ke atas mereka . Umat Islam menyambut kedatangan mereka dan membantu mereka menetap dalam Daulah Islamiah serta mengambil berat terhadap mereka. Layanan ke atas Yahudi oleh Daulah Islamiah menarik minat Yahudi dari seluruh Eropah barat untuk berhijrah. Seorang sejarawan mengatakan,”Dalam tempoh masa yang pendek, ketika kekejaman pasukan salib (kristian) mencapai kemuncaknya, sebuah dunia baru yang gemilang telah terbuka kepada mereka di bawah sinaran perak bulan sabit (Daulah Islamiah) yang berkilauan.” Sejumlah masyarakat Yahudi yang besar di Istanbul, bekas ibukota Khilafah Uthmaniyah menjadi saksi kepada penghijrahan secara besar-besaran yang berlaku dalam Khilafah malah Khalifah pada ketika itu menggambarkan kekejaman orang-orang Sepanyol sebagai tindakan “bodoh” dan sebagai ” memperkayakan wilayahku”. (Political Views On Palestine, Abu Ghazi) Malangnya, mereka telah mengkhianati perlindungan yang diberikan oleh Khilafah.
Israel sebagai ‘tanah air’ bangsa Yahudi dengan lambang ‘David Star’ berdiri secara rasmi pada 1948 dengan sokongan PBB sepenuhnya. Tetapi secara tidak rasmi, mereka sudah merencanakan untuk mendapatkannya kembali selepas tanah Palestin dimiliki umat Islam sejurus penaklukannya pada zaman Umar ibn al-Khattab pada 13 Hijrah. Ia dikuasai bangsa Eropah selama tujuh abad bermula dari 63 Masehi (Ibn Katsir, Al-Bidayah wa an-Nihayah, jld 12).
Ada tiga tempat pilihan bagi Yahudi Eropah untuk dijadikan tanah air tempat berdiri negara mereka yang dijanjikan Eropah sebagai kuasa dunia ketika itu iaitu Palestin, Uganda di Afrika dan Surinam di Amerika Latin. Dengan pelbagai pertimbangan di antaranya tanah asal mereka, akhirnya mereka memilih Palestin.
Mengenai percubaan hijrah bangsa Yahudi ke Palestin atau Sina dari Eropah, sudah banyak dicatat sejarah Islam bermula dengan larangan penghijrahan berkenaan oleh Khalifah Salim al-Awwal dari Khilafah Othmaniah pada 1517 Masehi. Ia diikuti anaknya Sulaiman pada 1566. Sultan Abdul Hameed mengetahui perancangan jahat Yahudi. Ketika Yahudi Russia mahu berhijrah ke Palestin dalam tahun 1882, Persatuan Rakan-rakan Zion membuat permohonan kepada majlis Uthmani di Rusia untuk menetap di Palestin. Ia dihalang oleh Sultan Abdul Hamid II bahkan beliau mengisytiharkan larangannya secara umum pada 28 April tahun itu juga dengan mengatakan: “Dengan ini Khilafah Uthmaniyah mengisytiharkan kepada semua Yahudi yang berniat untuk berhijrah ke Turki bahawa mereka tidak akan dibenarkan tinggal di Palestin. ” Larangan ini dibantah oleh Duta Besar Amerika ke Othmaniah bahkan beliau meminta dibatalkan. Yahudi semakin marah dan mereka mula menghantar beberapa delegasi untuk menemui Abdul Hameed tetapi setiap delegasi pulang dengan tangan kosong malah setiap delegasi diberi tamparan lebih hebat jika dibandingkan dengan delegasi sebelumnya.
Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi adalah Midhat Pasha (1822-1885). Terdapat dakwaan bahawa Midhat adalah dari kaum Yahudi Dunnama, sama seperti Mustafa Kamal. Midhat Pasha telah terlibat secara rahsia dalam penyingkiran bapa saudaranya, Abdul Aziz. Tidak lama selepas dilantik sebagai Khalifah, Abdul Hameed diberi kuasa, dia telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri kerana Midhat Pasha amat terkenal pada masa itu. Abdul Hameed perlukan jaminan untuk kekal berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang cekap tetapi keras kepala orangnya. Midhat juga merupakan seorang Dunama anggota Freemason (Inthilaq, Mei 1994)
Sultan Abdul Aziz telah menjadi Khalifah dalam tahun 1861 dan disingkirkan dalam tahun 1876. Empat hari selepas beliau disingkirkan, beliau telah meninggal dunia.
Sultan Abdul Aziz juga telah melawat Mesir,
Tidak lama kemudian, Britain mengusulkan diadakan persidangan di Istanbul yang dihadiri oleh para duta kuasa-kuasa besar dengan tujuan untuk mewujudkan ‘perdamaian’ di rantau Balkan dengan memperkenalkan beberapa cadangan baru . Persidangan itu telah memaksa Khilafah Uthmaniyah untuk melaksanakan beberapa reformasi. Maka, Midhat Pasha telah menjalankan reformasi-reformasi domestik tersebut. Beliau mewujudkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 16 orang pegawai awam, 10 orang ulamak dan 2 orang pegawai tentera berpangkat tinggi. Beliau mempertanggungjawabkan kepada jawatankuasa itu tugas untuk merangka perlembagaan negara. Setelah mengharungi pelbagai masalah, jawatankuasa itu akhirnya meluluskan draf perlembagaan yang mendapat inspirasi dari perlembagaan negara
Pengisytiharan perintah khas diraja mengenai Qanun Asasi itu dilakukan dalam tahun 1876. Suatu perhimpunan diadakan pada petang hari pengisytiharan itu di kediaman Midhat Pasha bukan untuk membincangkan tentang urusan negara tetapi untuk berpesta minum arak dan mereka yang menghadiri pesta itu membuat bising akibat mabuk. Midhat Pasha juga dalam kemabukan dan beliau memang dikenali sejak zaman mudanya lagi sudah lazim minum arak.(halaman 58, Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh)
Oleh kerana perlembagaan itu dikira sebagai sistem demokrasi iaitu undang-undang kufur dan sebagai sistem demokrasi yang bercanggah dengan Islam dan oleh kerana undang-undang itu sendiri bertentangan dengan Islam, jika ia dilaksanakan, pelaksanaannya bermakna penghapusan sistem Khilafah dan bererti mewujudkan sebuah negara yang serupa dengan negara Eropah lain seperti Belgium yang mempunyai perlembagaan yang menjadi sumber perlembagaan. Maka, perlembagaan itu tidak dilaksanakan dan Abdul Hameed, para ulamak serta tokoh-tokoh Islam yang lain menentangnya. Khilafah mula mengelak dari melaksanakan perlembagaan itu dan mengelak dari memenuhi desakan kuasa-kuasa besar. (Kaifa Hudimat Khilafah, Abdul Qadim Zallum)
Midhat telah disokong oleh golongan yang berpengaruh dalam Majlis Syura. Dengan bantuan golongan ini, dia telah berjaya meluluskan resolusi untuk berperang menentang Russia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang mereka. Sekiranya dia cuba menentang mereka, dia mungkin akan disingkirkan tetapi mereka masih mahu menyalahkan Abdul Hameed terhadap semua kekalahan disebabkan daripada peperangan tersebut yang tidak dirancang dengan baik. Abdul Hameed tidak menginginkan peperangan pada masa tersebut. Daulah Islamiah sangat tenat untuk terlibat dalam peperangan. Abdul Hameed juga dapat mengesan tipu helah dan permusuhan
Konsul British di
Kuasa-kuasa besar khasnya
Seterusnya Abdul Hamid mengalihkan perhatian terhadap musuh luar negara Daulah Islam Uthmaniah. Melalui kebijaksanaannya, dia telah mampu meramalkan bahawa revolusi komunis akan berlaku di Rusia dan ia akan membuatkan Rusia lebih kuat dan lebih merbahaya. Pada masa itu rantau Balkan yang merupakan sebahagian daripada Daulah Islam Uthmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya iaitu Rusia dan
Abdul Hameed menyedari bahawa komplot untuk memusnahkan Negara Islam Uthmaniah lebih besar daripada yang disangkakan. Ia melibatkan usaha dari dalam dan dari luar Negara Islam. Pada sangkaannya beliau berjaya menghapuskan sepenuhnya ancaman dari dalam selepas menyingkirkan Midhat Pasha dan orang-orangnya tetapi dia berhadapan pula dengan Awni Pasha, Ketua Majlis Para Menteri (Alsadr Alazam ) dan juga salah seorang Ketua Tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapati bahawa Awni Pasha mengambil wang dan hadiah daripada Britain dan terlibat dalam penyingkiran Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah didedahkan kepada Abdul Hameed.
Awni Pasha cuba mengheret Daulah Islam Uthmaniah ke dalam kancah perang Bosnia tanpa persetujuan Abdul Hameed. Abdul Hameed mengetahui jika peperangan berlaku, Rusia, England, Austria, Hungari, Serbia Montenegro, Itali dan Perancis akan menyerang kerajaan Uthmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas.
Awni Pasha telah memberi maklumat yang salah kepada Abdul Hameed mengenai saiz tentera Uthmaniah di Bosnia. Dia mendakwa bahawa terdapat 200,000 orang askar yang bersiap sedia tetapi apabila Abdul Hameed meminta penjelasan daripada Jeneral yang lain dan mendapati hanya ada 30,000 orang askar, untuk menghadapi lebih 300,000 orang askar musuh. Pada masa itu, rakyat menyukai Awni dan Abdul Hmeed tidak boleh menyingkirkannya daripada jawatan kerana itu akan membahayakan kestabilan dalaman Daulah Islamiah.
Kuasa-kuasa Barat, menyedari bahawa mereka mempunyai kekuatan yang melebihi Khilafah Uthmaniah dengan sokongan daripada empat buah negara Balkan (Romania, Serbia, Montenegro,Austria-Hungari). Akibatnya, Bosnia dan Greek terlepas dan terpisah daripada Daulah Islam Uthmaniah.
Abdul Hameed mendedahkan kesalahan Awni Pasha dan menyingkirkannya. Ummah menerima langkah ini. Mahkamah mendapati bahawa Awni bersalah terhadap dakwaan-dakwaan di dalam komplot menentang Daulah Islam Uthmaniah dan membantu kuasa luar seperti England.
Pada tahun 1895/6, sebuah buku bertajuk Der Judenstaat (Negara Yahudi) karangan Dr Theodore Hertzl (1869-1904) , seorang Zionis dari Hungary, diterbitkan demi memadamkan api anti-Yahudi di Eropah.Dalam buku itu beliau berhujjah bahawa orang-orang Yahudi mesti mempunyai negara sendiri yang menerima kedatangan semua Yahudi dari negara-negara yang menolak atau menindas mereka. Yahudi mengadakan persidangan pertama di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897 demi meletakkan batu asas penubuhan negara Yahudi di Palestin. Persidangan itu berjaya diadakan hasil penat lelah Herzl dan Weizmann dan dihadiri oleh 204 para jemputan. Dalam persidangan itu mereka memutuskan untuk menubuhkan Israel di Palestin. (Rujuk, sebagai contoh, Dr Jamal A Hadi, At-Tariq ila Bait al-Maqdis, II/17-21. Buku ini mengandungi tiga jilid dan cetakan pertamanya pada 1987. Ia adalah buku sejarah umat Islam dan penulisnya adalah profesor sejarah di Institusi Pengajian Tinggi di Mesir). (a) Theodore Hertzl : Pelopor Gerakan Yahudi (b) Buku yang ditulis olehnya (c) makamnya
Selepas persidangan itu, pergerakan Yahudi menjadi semakin aktif dan ini menyebabkan Sultan Abdul Hameed mengeluarkan pengisytiharannya yang termasyhur dalam tahun 1900 untuk tidak membenarkan orang-orang Yahudi yang datang ke Palestin untuk tinggal lebih dari 3 bulan.
Pada tahun 1901 pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan dua orang pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang menemui Abdul Hameed. Mereka menawarkan kepadanya untuk:-
(1) Membayar kesemua hutang Daulah Islam Uthmaniah yang berjumlah 23 juta pound emas Britain.
(2) Membangunkan angkatan laut Daulah Islam Uthmaniah untuk melindungi Khilafah yang menelan belanja 230 juta Franc emas.
(3) 35 juta lira emas tanpa faedah untuk membantu kemakmuran Daulah Islam Uthmaniah.
(4) Membina sebuah universiti Uthmaniyah di tanah suci.
Sebagai tukarannya:
(1) Membenarkan Yahudi melawat Palestin bila-bila masa mereka suka dan boleh menetap selama mana mereka mahu “untuk melawat tempat-tempat suci”
(2) Membenarkan Yahudi untuk membina penempatan-penempatan di mana mereka tinggal dan mereka mahu di tempatkan berhampiran Al-Quds (Jerusalem).
Abdul Hameed enggan menerima tawaran itu dan enggan berjumpa dengan mereka. Dia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha dan jawapannya adalah:-
“Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Uthmaniah bukan sesuatu yang memalukan. Perancis menpunyai hutang dan itu tidak menjejaskannya. Al-Quds (Jerusalem) menjadi sebahagian daripada tanah Islam semasa Umar bin Al-Khattab menakluk bandar itu dan aku tidak akan mencatat sejarah yang memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi boleh simpan wang mereka. Pemerintah Othmaniah tidak akan berlindung di dalam istana yang dibuat dengan wang musuh-musuh Islam.”
Dia juga menberitahu mereka supaya pergi dan jangan datang semula untuk berjumpa dengannya.
Pada tahun 1901 juga, Abdul Hameed mengeluarkan perintah melarang sebarang tanah di Palestin dijual kepada Yahudi. Tindakan Abdul Hameed ini menepati sabda Rasulullah SAW: “Imam adalah perisai (pelindung) yang dibelakangnya kamu berperang dan mendapat perlindungan.”
Sultan juga malah memperketatkan peraturan “Paspot Merah” yang mempersulitkan kewujudan pendatang-pendatang Yahudi di Palestin. (Majalah Inthilaq, 1994)
Yahudi tidak berputus asa dengan Abdul Hameed, dalam tahun yang sama, iaitu 1902, pengasas pergerakan Zionis, Theodor Hertzl, mengetuai delegasi untuk mengunjungi Istanbul dan cuba untuk menemui Abdul Hameed. Dr Hertzl meminta Sultan Abdul Hameed menyerahkan Palestin kepada Yahudi dan sebagai mengenang jasanya, Yahudi akan memberinya 150 juta pound sterling. Ini adalah cubaan keduanya untuk mempengaruhi Abdul Hameed selepas cubaannya yang pertama dalam tahun 1896 menemui kegagalan. Abdul Hameed enggan untuk berjumpa dengannya. Maka mereka menemui Ketua Majlis Menteri, Tahsin Pasha dan mengemukakan cadangan mereka. Abdul Hameed menyuarakan ketegasannya melalui Ketua Majlis Menteri; ” Nasihatkan Dr. Hertzil supaya jangan meneruskan rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini kerana ianya bukan milikku, ianya hak ummat Islam, Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Khilafah Islamiah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Daulah Islamiah. Ianya adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup” .
Theodore telah melakukan enam kunjungan ke Istanbul dalam usahanya untuk membeli Palestin tetapi semuanya menemui kegagalan. Jawapan Khalifah Abdul Hamid dalam bentuk telegram kepada Theodore Hertzl (daripada Kongres Zionis Kedua) pernah diterbitkan oleh Hertzl dalam akhbarnya ‘Die Welt’. Beberapa perubahan dalam telegram itu dilakukan oleh editor akhbar tersebut sebelum ia diterbitkan. (http://www.abebooks.com/home/stillmanbooks/home.htm)
Dengan penyertaan Yahudi dan Zionis dalam konflik itu maka barisan musuh semakin kuat. Hari-hari terakhir negara Uthmaniah telah hampir bermula. Wang Yahudi adalah satu aset yang penting untuk membiayai penghapusan Daulah Islam Uthmaniah bagi menubuhkan negara Zionis di Palestin iaitu negara yang sangat dikehendaki oleh Yahudi, walau apa jua pun risiko yang akan mereka hadapi.
Catatan
(Sedangkan zionisme politik bermula dari kedatangan orang-orang Yahudi-Arkenazim pada tengah abad ke-19. Selanjutnyua pada tahun 1881 berdiri gerakan Chovevei Zion (Pencinta Zion). Gerakan ini melakukan pemindahan orang-orang Yahudi Arkenazim ke Palestina, terutama pada tahun 1882-1884 dan 1890-1891. Upaya pemindahan Yahudi ke Palestina juga dibiayai oleh seorang pengusaha besar Baron de Rothschild.
Lanjutan persidangan pertama Yahudi di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897, gerakan-gerakan Zionis disatukan di bawah bendera Pertubuhan Zionis. Mereka membentuk Jewish Colonial Trust, sebuah bank yang merupakan instrumen finansial bagi organisasi zionis. Tahun 1902 dibentuk perusahaan bagian dari Jewish Colonial Trust, yaitu Anglo-Palestine Company. Institusi lainnya ialah Jewish National Fund, yang dicetuskan oleh Hermann Schapira pada kongres pertama dan disetujui pada kongres keempat di
Selain strategi secara langsung menemui Khalifah Abdul Hamid dalam usaha untuk merampas Palestin, kaum Yahudi juga melancarkan strategi melalui gerakan Freemason. Gerakan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan perkembangan pertubuhan “Ittihat we Terrakki ” (IWT) (al-Ittihad wa al-Tarraqqi: Persatuan dan Kemajuan) yang berkembang amat pesat di Salonika Turki. Anggota-anggota jawatankuasa pertubuhan IWT itu dikenali dengan Turki Muda (Young Turks) yang berdampingan rapat dengan tentera dan banyak anggotanya yang merupakan orang Yahudi dan Cypto Yahudi Salonika. Untuk menjalankan aktiviti pertubuhan itu, mereka mendapatkan sokongan kewangan dari orang-orang Dunama iaitu sekelompok Yahudi yang memeluk Islam tetapi secara sembunyi tetap mempertahankan keYahudiannya (Amini, 1978, h. 125) (Inthilaq, 1994).
Barat juga memainkan peranan mereka dalam menjatuhkan khilafah ithmaniah turki. ahudi juga meminta bantuan
Janji Balfor di atas selari dengan kenyataan pemimpin komunis Rusia, Lenin, sebulan sebelumnya (minggu pertama Oktober) iaitu ketika dia berhasil meruntuhkan (pemerintah) kekaisaran
Kaiser Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul Hameed dalam tahun 1898. Seorang penulis Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana pertemuan di istana sultan mempunyai ‘peculiarly electric quality’ disebabkan daya tarikan (magnetism) Sultan yang berpakaian ringkas dan berjambang hitam. (h. 316,
Walaupun Turki pada masa sedang tenat, tetapi kehebatan Abdul Hamid diakui sendiri oleh pemerintah Eropah seperti Kaiser Wilhelm II (Raja Jerman) yang mengatakan, ” Beta telah menemui ramai raja dan pemerintah sepanjang kehidupan beta dan beta mendapati mereka semua lemah jika dibandingkan dengan beta atau yang paling kuat sekali pun adalah setanding dengan beta tetapi bila berhadapan dengan Abdul Hamid, beta merasa gerun.” Kaiser Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul Hameed dalam tahun 1898.
Seorang penulis Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana pertemuan di istana sultan mempunyai ‘peculiarly electric quality’ disebabkan daya tarikan (magnetism) Sultan yang berpakaian ringkas dan berjambang hitam. (h. 316,
Walau bagaimana pun atas pengaruh
Beliau mengenepikan mereka yang melaungkan pergantungan terhadap negara-negara Barat dan yang melaungkan supaya diketepikan Islam dan dilaksanakan sistem Barat. Maka, golongan sekular terpaksa meninggalkan Khilafah dan mewujudkan markaz mereka di Paris, Perancis dan
Negara-negara Barat juga telah mengapikan dan membantu perjuangan penduduk Kristian di rantau Balkan supaya ‘memerdekakan’ diri mereka dari Khilafah dan ini sudah tentu menggugat kesatuan Khilafah. Gerila-gerila yang memberontak terhadap Khilafah melancarkan taktif serangan provokatif terhadap penduduk Islam yang sengaja bertujuan untuk membuatkan Khilafah bertindak untuk mengekang pemberontak-pemberontak tersebut dan ini digunakan oleh negara-negara Barat untuk campur tangan.
Banyak bukti boleh dibentangkan untuk membuktikan campurtangan barat dalam mengapikan pemberontakan. Contohnya sebuah
Seterusnya mereka akan berlindung di pergunungan. Kemudian orang-orang Islam yang marah (dengan perbuatan tersebut) akan bangkit dan bertindak balas terhadap orang-orang Armenia yang tidak membuat apa-apa untuk mempertahankan diri dan akan membunuh mereka dengan kejam hingga Rusia yang kononnya bertindak atas nama kemanusiaan dan tamadun Kristian akan bertindakbalas terhadap Turki dan menceroboh Turki’. Apabila saya mengatakan kepada beliau bahawa rancangan ini adalah yang paling kejam yang boleh saya bayangkan, maka dia dengan tenang menjawab: ‘Ya ia memang kelihatan begitu (kejam) kepada kamu tetapi orang-orang Armenia sudah membuat keputusan untuk membebaskan diri mereka .
Eropah sendiri berminat untuk membiarkan kekejaman berlaku di Bulgaria untuk membolehkan mereka campur tangan membebaskan Bulgaria. Tanpa ragu lagi Eropah akan mendengar rayuan kami yang merupakan tangisan dan darah berjuta-juta wanita dan kanak-kanak.”
Bangsa Armenia telah mendirikan parti Hunchak dalam tahun 1887 di Geneva, Switzerland. Ia merupakan parti Marxis komunis dan terpengaruh dengan Rusia. Di Istanbul, ia merekruit sejumalah 700 orang anggota khasnya di kalangan orang-orang Armenia yang bekerja dengan syarikat-syarikat asing. Dalam tahun 1890, sebuah lagi parti revolusi Armenia didirikan di Tiflis yang dikenali sebagai Dashnak. Kedua-dua parti itu telah membunuh beberapa orang Armenia yang bertugas dengan Khilafah. Pada hari Ahad, 27 Julai 1890, suatu kekecohan berlaku di luar ‘patriarchate’ Armenia di Kumkapi. Sebuah kumpulan revolusi Hunchak yang kebanyakannya datang dari Caucasus telah mengepung sebuah gereja, mengganggu Patriach dan membaca manifesto penentangan mereka terhadap Khalifah. Pembunuhan berlaku selepas itu dan ia merupakan serangan pertama terhadap umat Islam yang dilakukan oleh orang-orang Kristian di Istanbul sejak tahun 1453. Sesetengah orang Armenia memang mengharapkan supaya berlaku pembunuhan untuk membolehkan negara-negara barat campur tangan. Pada 25 Mac 1894, Patriarch sekali lagi dicederakan oleh sekumpulan pengganas muda Armenia di Kumkapi. Pada 18 September 1895, selepas persiapan yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya oleh jawatankuasa revolusi Hunchak, sejumlah 2,000 orang Armenia, yang bersenjatakan pisau dan pistol, berarak dari Kumkapi menuju ke istana sambil melaungkan ‘kebebasan atau kematian!’ dan mereka menyanyikan lagu-lagu revolusi. Partriarch dipaksa mengikut perarakan itu. Mereka juga menuntut negara-negara barat campurtangan untuk membantu mereka.
Sebelum itu pada 10 September 1895, sekumpulan orang Armenia telah menyerang bangsa Greek di Ortakoy. Beberapa pembunuhan berlaku di bahagian timur. Ini digunakan oleh negara-negara Barat untuk campurtangan. Duta-duta negara barat menghantar memorandum bantahan kepada Khalifah.
Pada 26 Ogos 1896, kekejaman berlaku lagi di Istanbul. Anggota-anggota revolusi Armenia dari parti Dashnak melancarkan satu siri serangan bom yang telah dirancang dengan rapi di seluruh kota Istanbul khasnya di Galata dan Samatya. Kejadian paling dramatik berlaku pada pukul 1 petang. 25 orang Armenia yang menyamar sebagai ‘porter’ merampas salah satu markaz kuasa di Istanbul iaitu pejabat utama Bank Uthmaniyah di Galata. Ia dipilih oleh orang Armenia kerana binaannya yang teguh akan membolehkan mereka menangkis sebarang kepungan dan kedudukannya sebagai pejabat kewangan akan mempastikan mereka mendapat publisiti meluas di Eropah. Setelah membunuh dua orang pekerja dan mengambil 150 orang pekerja dan pelanggan sebagai tebusan, mereka mengancam akan meletupkan bank itu kecuali jika permintaan mereka untuk mendapatkan autonomi di bawah perlindungan Eropah akan dipenuhi.
Edgar Vincent, gabenor bank itu berjaya melepaskan diri dari pejabatnya yang terletak di tingkat atas melalui tingkap yang terletak di bumbung bangunan. Selepas berlaku perundingan yang lama, pengganas-pengganas itu dibenarkan meninggalkan Istanbul menggunakan kapal layar Vincent. Mereka kemudian menuju ke Marseilles dengan sebuah bot kedutaan Perancis dan kemudian dilepaskan.
Rusia juga inginkan minyak yang banyak terdapat di kawasan yang didiami oleh sejumlah besar penduduk Islam. Salah satu harapan terbaik Rusia untuk menangkis penguasaan Amerika ke atas minyak dunia ialah dengan menguasai wilayah Baku. Menjelang tahun 1884, seluruh wilayah Tajikistan (yang majoriti penduduknya adalah Muslim) telah dirampas oleh Rusia dan ini melengkapkan penaklukan Rusia ke atas kawasan Asia Tengah yang kebanyakan penduduknya adalah umat Islam dan ini membolehkannya terus memenuhi permintaan minyaknya sehingga dekad ini. Sebelum rangkaian paip minyak dibina dalam kurun ke20 ini, minyak sampai ke bandar-bandar di Levant, Iran dan Asia Tengah melalui karavan unta, kuda dan kapal. Menjelang 1903, wilayah Baku membekalkan separuh dari bekalan minyak dunia dan di sinilah syarikat Nobel Brothers Petroleum memodenkan prinsip penyulingan yang sebenarnya telah direka lebih awal dalam dunia Islam.
Lieutenant-Jeneral Sir John Glubb yang juga digelar ‘Glubb Pasha’ yang memimpin ‘Arab Legion’ dari tahun 1938 hingga 1956 sendiri mengakui peranan nasionalisme dalam menghancurkan Khilafah. Dalam bukunya “The Changing Scenes of Life-An Autobiography: Sir John Glubb’, terbitan Quartet Books, halaman 54, beliau mengatakan, “Nationalisme adalah satu kecelakaan yang dibawa masuk dari Eropah. Khilafah Utsmaniyah telah memerintah berbagai bangsa selama beberapa kurun lamanya tanpa berat sebelah (kepada mana-mana bangsa). Kaum-kaum di Euphrates (
Negara-negara Barat membuat perancangan yang rapi untuk memusnahkan Khilafah. Sebagai contohnya dalam telegram yang dihantar oleh duta Rusia di London kepada menteri luar negeri Rusia dalam tahun 1915 berbunyi, ” Pemerintah Itali menyokong pendapat pemerintah Rusia tentang pentingnya memisahkan pemerintahan Islam yang akan diwujudkan di Hijaz (Arab Saudi pada hari ini) dari Khilafah dan meletakkannya di bawah penguasaan mutlak Britain. Pemerintah Itali menyokong penuh usaha untuk merampas Khilafah dari orang-orang Turki dan menghapuskannya jika perlu.”
Dalam Perang Dunia Pertama, Negara-negara Arab berpakat dengan British dan Perancis menentang Daulah Islam Uthmaniah. Mereka kemudiannya dikhianati oleh
Negara-negara Barat juga meracuni pemikiran umat Islam supaya memberontak terhadap Khilafah dan menimbulkan keraguan tentang keupayaan (potensi) Islam dalam menangani berbagai masalah. Di antara pemikir-pemikir yang berjaya mereka racuni ialah Ziya Gokalp (1875-1924) iaitu seorang pemikir Turki. Bapa saudaranya banyak mendidik beliau dalam berbagai bahasa iaitu Turki, Arab dan Farsi disamping mengajarnya ilmu-ilmu yang lain. Di sepanjang kehidupan beliau, beliau
Menjelang tahun 1908, beliau diiktiraf sebagai seorang penulis liberal yang pro-Barat dan menjadi pensyarah di kampungnya. Beliau menetap di
Kesan kejatuhan khilafah
Khilafah, Wajib Ditegakkan Dan Perlu
March 2, 2010 — M Taufik N.T
Ta’rif Khilafah:
Pendapat Imam Ar-Razi mengenai istilah Imamah dan Khilafah dalam kitab Mukhtar Ash-Shihah hal. 186 :
الخلافة أو الإمامة العظمى ، أو إمارة المؤمنين كلها يؤدي معنى واحداً ، وتدل على وظيفة واحدة و هي السلطة العيا للمسلمين
“Khilafah atau Imamah ‘Uzhma, atau Imaratul Mukminin semuanya memberikan makna yang satu [sama], dan menunjukkan tugas yang satu [sama], yaitu kekuasaan tertinggi bagi kaum muslimin.” (Lihat Muslim Al-Yusuf, Daulah Al-Khilafah Ar-Rasyidah wa Al-‘Alaqat Ad-Dauliyah, hal. 23; Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, Juz 8/270). Dalam Al Majmu’, Imam Nawawi menyatakan bahwa khilafah disebut juga Imamah Kubra:
لان الامامة الكبرى إنما يقصد بها الخلافة كما قدمنا
Dalam kitab الموسوعة الفقهية bab إمَامَةٌ كُبْرَى disebutkan :
وَالْإِمَامَةُ الْكُبْرَى فِي الِاصْطِلَاحِ : عَامَّةٌ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا خِلَافَةً عَنْ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلمِ وَسُمِّيَتْ كُبْرَى تَمْيِيزًا لَهَا عَنْ الْإِمَامَةِ الصُّغْرَى , وَهُمْ إمَامَةُ الصَّلَاةِ
(Makna) Imamah kubra secara istilah: kepemimpinan umum dalam urusan agama dan dunia sebagai pengganti Rasulullah SAW, dikatakan kubra (besar) untuk membedakan dari imamah sughro (kecil) yakni imam shalat.
Sedangkan khilafah, imamah kubro, imarotul mu’minin, as sulthoth adalah merupakan sinonim yang menunjuk makna yang sama. Ibnu Khaldun dalam kitab Muqaddimah hal 97 menyatakan bahwa khilafah adalah:
قد بينا حقيقة هذا المنصب، وأنه نيابة عن صاحب الشريعة في حفظ الدين، وسياسة الدنيا به، تسمى خلافة وإمامة، والقائم به خليفة وإماماً
“Telah kami jelaskan hakikat kedudukan ini [khalifah] dan bahwa ia adalah pengganti dari Pemilik Syariah [Rasulullah SAW] dalam menjaga agama dan mengatur dunia dengan agama. [Kedudukan ini] dinamakan Khilafah dan Imamah, dan orang yang melaksanakannya [dinamakan] khalifah dan imam.”
Pendapat Para Ulama tentang kewajiban mengangkat Khalifah
Imam an Nawawi (wafat 676 H) dalam Syarh Shohih Muslim (12/205) menulis :
وأجمعوا على أنه يجب على المسلمين نصب خليفة ووجوبه بالشرع لا بالعقل
Dan mereka (kaum muslimin) sepakat bahwa sesungguhnya wajib bagi kaum muslimin mengangkat Kholifah, dan kewajiban (mengangkat khalifah ini) ditetapkan dengan syara’ bukan dengan akal. (lihat juga ‘Aunul Ma’bud, 6/414, Tuhfatul Ahwadzi, 6/397)
Ibnu Hajar Al Haytami Al Makki Asy Syafi’i (wafat 974 H) dalam kitabnya : الصواعق المحرقة على أهل الرفض والضلال والزندقة juz 1 hal 25 menulis:
اعلم أيضا أن الصحابة رضوان الله تعالى عليهم أجمعين أجمعوا على أن نصب الإمام بعد انقراض زمن النبوة واجب بل جعلوه أهم الواجبات
Ketahuilah juga bahwa sesungguhnya para shahabat r.a telah ber ijma’ (sepakat) bahwa mengangkat imam (khalifah) setelah zaman kenabian adalah kewajiban, bahkan mereka menjadikannya sebagai kewajiban yang terpenting.
Imam al Mawardi dalam kitab Al Ahkâm As Sulthoniyyah hal 3 mengatakan :
الْإِمَامَةُ مَوْضُوعَةٌ لِخِلَافَةِ النُّبُوَّةِ فِي حِرَاسَةِ الدِّينِ وَسِيَاسَةِ الدُّنْيَا، وَعَقْدُهَا لمن يقومُ بها في الأمة واجب بالاجماع
Imamah diletakkan (diposisikan) untuk mengganti nabi dalam menjaga agama dan mengurus dunia, dan mengangkat orang yang melakukannya (menjaga agama dan mengurus dunia) ditengah-tengah umat merupakan kewajiban berdasarkan ijma’
Al Imam Al Qurtubi ketika menafsirkan ayat 30 dari surah Al Baqoroh dalam tafsirnya الجامع لأحكام القرءان
… هذه الآية أصل في نصب إمام وخليفة يسمع له ويطاع، لتجتمع به الكلمة، وتنفذ به أحكام الخليفة. ولا خلاف في وجوب ذلك بين الامة ولا بين الائمة إلا ما روي عن الاصم (1) حيث كان عن الشريعة أصم، وكذلك كل من قال بقوله واتبعه على رأيه ومذهبه،
…ayat ini pokok (yang menegaskan) bahwa mengangkat imam dan khalifah untuk didengar dan dita’ati, untuk menyatukan pendapat serta melaksanakan, melalui khalifah, hukum-hukum tentang khalifah. Tidak ada perbedaan tentang wajibnya hal tersebut diantara umat, tidak pula diantara para imam kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-asham[1], yang menjadi syariat Asham, dan begitu pula setiap orang yang berkata dengan perkataannya serta orang yang mengikuti pendapat dan madzhabnya
juz 5 hal 197 mengatakan :الفقه على المذاهب الأربعة Abdurrahman Al Jaziri, dalam
اتفق الأئمة رحمهم الله تعالى على : أن الإمامة فرض وأنه لا بد للمسليمن من إمام يقيم شعائر الدين وينصف المظلومين من الظالمين وعلى أنه لا يجوز أن يكون على المسلمين في وقت واحد في جميع الدنيا إمامان لا متفقان ولا مفترقان…
Telah sepakat para Imam Madzhab, semoga Allah merahmati mereka, atas: sesungguhnya imamah (khilafah) adalah kewajiban dan sesungguhnya haruslah kaum muslimin mempunyai imam yang menegakkan syi’ar-syi’ar agama, mengambil haknya orang orang yang didzolimi dari orang-orang yang dzolim, dan (mereka sepakat) bahwa sesungguhnya tidak boleh bagi kaum muslimin dalam waktu yang sama di seluruh dunia terdapat dua imam baik mereka sepakat atau bersengketa…
Dalam kitab mausû’ah al Fiqhiyyah babامامة الكبرى dinyatakan:
أَجْمَعَتْ الْأُمَّةُ عَلَى وُجُوبِ عَقْدِ الْإِمَامَةِ , وَعَلَى أَنَّ الْأُمَّةَ يَجِبُ عَلَيْهَا الِانْقِيَادُ لِإِمَامٍ عَادِلٍ , يُقِيمُ فِيهِمْ أَحْكَامَ اللَّهِ , وَيَسُوسُهُمْ بِأَحْكَامِ الشَّرِيعَةِ الَّتِي أَتَى بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Umat telah sepakat akan wajibnya mengangkat imamah (khilafah), dan umat wajib tunduk kepada imam yang adil, yang menegakkan hukum-hukum Allah atas mereka, dan mengatur urusan mereka dengan hukum-hukum syara’ yang dibawa Rasulullah SAW.
Kutipan diatas hanya sebagian saja dari pendapat ulama yang mereka gali berdasarkan al Qur’an, As Sunnah serta ijma’ sahabat.
Lafadz Khalifah dalam Hadits Rasulullah
Sebagian orang menolak khilafah karena menurut mereka kata (lafadz) ini tidak ada secara tektual dalam nash, berikut salah satu contoh hadits (dari banyak hadits) yang secara tekstual menyatakan adanya khalifah.
كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ اْلأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ. قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ فُوا بِبَيْعَةِ اْلأَوَّلِ فَاْلأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ
"Dulu Bani Israil selalu dipimpin/diurus oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, datang nabi lain menggantikannya. Sesungguhnya tidak ada nabi sesudahku; yang ada adalah para khalifah yang banyak." Para sahabat bertanya, "Apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Beliau menjawab, "Penuhilah baiat yang pertama; yang pertama itu saja. Berikanlah kepada mereka haknya, karena Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka atas rakyat yang diurusnya." (HR al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).
Dengan Khilafah Islam Bisa Diterapkan Secara Totalitas
Sesungguhnya Allah SWT telah menyeru semua manusia –baik muslim maupun kafir– untuk mengerjakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Hanya saja dalam pelaksanaannya, ada hukum-hukum yang dibebankan kepada manusia secara pribadi seperti dalam masalah ‘aqidah dan sebagian besar masalah ibadah mahdhah/ritual, dan banyak pula hukum-hukum yang tidak bisa dan/atau tidak boleh/haram dilakukan individu, antara lain:
1. Hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan internasional yang lahir dari Aqidah Islamiyah. Rasulullah SAW telah menulis surat kepada para kepala negara, mengirim utusan kepada mereka, serta menerima utusan-utusan dari negara lain. Rasulullah bersabda kepada dua orang utusan Musailamah Al Kadzdzaab :
"Kalaulah sekiranya tidak ada ketentuan bahwa utusan-utusan itu tidak boleh dibunuh, niscaya aku sudah membunuh Anda berdua."
Juga Firman Allah SWT :
"…(Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka…" (QS. Al Anfaal : 72)
2. Hukum-hukum jihad, tawanan, dan pertukaran perdagangan antar negara, semuanya termasuk dalam kategori hukum hubungan internasional ini. Dan Rasulullah SAW sendiri telah mengadakan berbagai perjanjian. Beliau SAW bersabda:
"Kaum muslimin bertindak sesuai dengan syarat-syarat yang mereka tetapkan."
3. Hukum-hukum mengenai ‘uqubat (hukuman dan sanksi) yang ditetapkan oleh Islam untuk menjaga agama, jiwa, harta, kehormatan, akal, dan kemuliaan, diantaranya hukum-hukum tentang pencurian, hukum-hukum zina dan para pezina, hukum pembunuhan, meminum khamr, perampasan, orang-orang murtad, qishash, serta hukum qadzaf (menuduh zina), dan penghinaan. hanya dapat dan boleh dilakukan oleh negara/khilafah, dalam hal ini Imam Qurthubi berkata :
“Para fuqaha(ahli fiqh) telah sepakat bahwa siapapun tidak berhak menghukum para pelaku pelanggaran syara’ tanpa seijin penguasa/khalifah, dan tidak boleh suatu masyarakat saling mengadili sesamanya, tetapi yang berhak adalah sulthan/khalifah”[2]
Dan karena menegakkan semua hukum Allah adalah wajib sementara kewajiban ini tidak bisa terlaksana tanpa adanya khilafah, maka berdasarkan qaidah syara’ “Tidak sempurna suatu kewajiban kecuali dengan sesuatu hal, maka hal tersebut adalah wajib”. Sehingga berdasarkan hal ini maka menegakkan khilafah adalah wajib. Kewajiban ini bukan hanya didasarkan pada qaidah ushul ini saja, tetapi juga didasarkan pada dalil-dalil berikut :
a. Al Qur’an : Allah SWT telah berfirman : “Taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya dan ulil amri diantara kalian…” (QS An Nisaa : 105), sedangkan terhadap ulil amri Allah SWT berfirman :
“Dan hendaknya engkau memutuskan (perkara) diantara mereka dengan apa yang Allah turunkan…”.(QS Al Maidah: 48, 49) dan karena memutuskan perkara diantara manusia(rakyat) adalah hanya hak khalifah (dengan definisi khalifah/khilafah seperti tersebut dimuka), maka jelaslah bahwa ulil amri disini adalah khalifah. Dan karena dalam ayat ini kita dituntut untuk mentaatinya, maka jelaslah bahwa kita juga wajib untuk merealisasikan hal yang harus kita ta’ati, yakni khalifah.
b. As Sunnah : Sabda Rasulullah : “Barang siapa mati sedangkan dipundaknya tidak ada bai’at (kepada khalifah) maka matinya adalah mati jahiliyyah” [3]
c. Ijma’ Shahabat, para shahabat telah sepakat memba’iat Abu Bakar sebagai khalifah setelah Rasulullah wafat, kemudian menyusul Umar, Ustman dan Ali radhiallahuanhum.
Bahkan seluruh imam mazhab dan para mujtahid besar tanpa kecuali, baik dari kalangan ahlussunnah, mu’tazilah, murji’ah maupun khawaarij semuanya sepakat bahwa mengangkat seorang khalifah hukumnya adalah wajib.[4]. Allahu A’lam. [M. Taufik N.T (http://mtaufiknt.co.nr)]
[1] Al-asham adalah salah satu tokoh senior Mu’tazilah, nama lengkapnya adalah Abu Bakar Al-asham
[2] Tafsir Qurthubi, jilid II hal 237, lihat juga Ali Ash Shabuni, Tafsir Ayatul Ahkam, jld II h.32
[3] Shahih Muslim, Hadist no. 1851, Tartib musnad Imam Ahmad, jld XXIII, h. 119
[4] Abdurrahman Al Jaziri, Al Fiqh ‘Ala al Madzaahib Al Arba’ah, juz V hal.614; Ibnu Hazm (Wafat th. 456 H), Al Fashl fil Milal wal Ahwa’ wan Nihal, juz IV hal 90, Abu Hanifah (wafat 150 H) dan Imam Syafi’I (wafat 204 H), Fiqhul Akbar, pasal 57 – 62; Imam Fakhruddin Ar Raazi (wafat 606 H), Al Masaailul Khamsun fi Ushuliddin, masalah ke 47 – 50, …
0 ulasan:
Catat Ulasan