Selasa, 15 Jun 2010

Perkahwinan


Apabila memperkatakan tentang jodohatau pasangan timbullah persoalan: apakah jodoh atau pasangan itu dipilih atau ia penentuan takdir semata- mata? Berbagai pendapat diberikan ada yang mengatakan bahawa jodoh itu, ketentuan Allah dan manusia perlu akur dengan kehendak-Nya dan ada pula yang mengatakan pasangan itu perlu dipilih dicari dan diselidiki ia bukannya penentuan takdir semata. Sebenarnya manusia dikehendaki berikhtiar untuk mendapat sesuatu dan Allah memberikan ikhtiar kepada manusia. Menerima takdir semata- mata bukanlah beerti menunggu tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Untuk mendapatkan sesuatu ia mestilah diusahakan, kemudian barulah menyerahkan segalanya untuk takdir menentukan sama ada baik atau buruk, berjaya atau tidak.. Begitu dengan jodoh. Walaupun Allah sudah menetukan siapakah bakal pasangan seseorang, namun usaha untuk mendapatkan yang terbaik tidak boleh diabaikan.
Dalam soal pasangan ini , Islam tidak membenarkan manusia tidak bertindak sendiri kerana soal pembinaan rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Oleh yang demikian Islam memberikan beberapa garis panduan kepada manusia untuk membina rumahtangga dan keluarga bahagia dan ini termasuklah panduan dalam memilih pasangan yang sesuai, setiap orang ingin memiliki isteri atau suami yang soleh dan solehah. Dalah hal ini Rasulullah solallahua’laihiwasallam telah bersabda yang mafhumnya: “Perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka utamalah agamanya nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan..
Islam telah memberi panduan yang baik pada manusia dalam memilih atau mencari pasangan hidup.. Untuk membina keluarga yang bahagia pemilihan itu mestilah didasari dengan niat yang baik dan pemahaman yang cukup tentang rumahtangga Islam.. Hari ini kes penceraian di Malaysia menunjukan statistik yang sangat meningkat terutamanya terjadi kepada orang Islam sendiri…. Mengapakah terjadi demikian???? Adakah disebabkan pemilihan pasangan yang salah sebelum melangsungkan perkahwinan, ataupun mereka tidak jelas jelas matlamat dan erti perkahwinan, jadi sesiapa yang nak berkahwin, penulis mahu menyatakan bahawa, pilihlah pasangan yang baik yang jelas dari sudut agamanya… Didiklah diri anda menjadi soleh dan solehah nescaya kamu akan mendapat pasangan yang soleh dan solehah juga, insya’ Allah.. Islam telah memberi panduan yang lengkap kepada umat islam, ikutlah nescaya anda tidak rugi dan kecewa di kemudian hari...

0 ulasan:

Catat Ulasan