Sahabat- sahabat yang dirahmati Allah sekalian, pertamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi diberi peluang untuk mengecapi dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam, tidak dilupakan kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad Sallahu A’laihi Wassalam, Rasul sekalian alam..
Sahabat- sahabat sekalian, Hidup ini adalah satu pengembaraan untuk mencari redha Allah s.w.t, agar kehidupan di dunia dan akhirat selamat sejahtera dari ancaman azab seksa Allah s.w.t. Namun pengembaraan ini pasti akan menemui kegagalan atas sebab kerana manusia tidak jelas apakah matlamat manusia diciptakan, bagaimana firman Allah s.w.t dalam Al- Quran yang mafhumnya…
“DAN AKU TIDAK CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA ITU MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADAKU”
Allah tidak membiarkan manusia terkial- terkial untuk sampai ke syurga Allah s.w.t, sebaliknya mengirimkan al- Quran sebagai petunjuk jalan dan Rasul salallahua’laihiwasallam sebagai pembimbing agar manusia tidak tersasar dalam memilih jalan untuk sampai kepadaNya.
Sahabat- sahabat sekalian, kita telah dipilih oleh Allah untuk menghafaz kalamNya, amatlah malang sekali quran yang kita hafaz tidak mampu untuk mentarbiyyah diri kita. Tidakkah kita takut al- Quran yang akan kita hafaz akan menjadi laknat ke atas kita, atas sebab kerana kita tidak mengamalkan isi al- Quran. Kita terlalu mengikut nafsu, dan kita lalai dengan nikmat sementara yang Allah bagi, orang yang sepatutnya memberi contoh yang terbaik kepada masyarakat, tidak menunjukkan akhlak dan penampilan yang sepatutnya. Dimanakah ahlul quran yang sepatutnya menjadi kepala dan penggerak kepada masyarakat???? Tepuk dada tanyalah iman masing- masing..
Dalam kesempatan ini ana selaku ketua unit hisbah bagi cawangan shoubra mengajak sahabat- sahabat untuk bersama- bersama dalam membanteras maksiat- maksiat yang berlaku di bumi Mesir umumnya dan Shoubra khususnya.. Berdasarkan ayat al- Quran yang mafhumnya:
“HENDAKLAH ADA SEGOLONGAN DARIPADA KAMU SUATU UMMAT YANG KERJANYA MENYURUH MANUSIA MEMBUAT KEBAIKAN DAN MENCEGAH MANUSIA DARIPADA MELAKUKAN PERKARA MAKSIAT, DAN MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA”….
Sekian, wasallam…
Al- Faqir
Mohamad Firdaus Bin Musa
KETUA UNIT HISBAH SHOUBRA 09/10

0 ulasan:
Catat Ulasan