Rabu, 16 Jun 2010

Piala dunia dan Palestin











Sekarang ini tengah berlangsungnya kejohanan bola sepak piala dunia 2010.. Majoroti penduduk dunia termasuk umat Islam sendiri sangat meminati bola sepak, ada di kalangan mereka mempunyai pasukan pilihan masing- masing, perbualan tentang piala dunia, bola, siapa menang mesti kedengaran di mana- mana, demam bolala katakan, cuba lihat pendedahan tentang piala dunia klik di sini.. Dan kelab- kelab bola sepak inggeris di sini klik,,, Hmmm.. Teringat waktu ustaz penulis beri tazkirah dia bagitahu waktu piala dunia, ramai manusia khususnya umat Islam sanggup bangun untuk berqiamulail, tapi bukan bermunajat pada Allah, tapi pada televisyen, bayangkan tiada piala dunia ataupun perlawanan bola nak bangun pagi pun payah..

Kita hari ini Umat Islam, menjadi lemah dan penakut… Perancangan yahudi untuk menghancurkan umat islam melalui peperangan tidak berjaya pada zaman kegemilangan Islam ketika dahulu, langsung mereka menggunakan strategi serangan pemikiran pada hari ini, apa yang mereka buat?? Mereka menggunakan kaedah 3 S.. SMOKE,SPORT,SEX.. Agaknya kaedah yang mereka lakukan sudah berjaya.. Penulis nak sebut di sini, kita lebih suka membicarakan tentang sukan, bola berbanding isu semasa yang berlaku pada Negara umat Islam seluruh dunia… Contoh isu besar sekarang Palestin, kita telah dilekakan dengan piala dunia, baru jea kes serangan Israel ke atas kapal Freedom Frotilla, Mavi Marmara membuka mata dunia dan rakyat islam seluruh Negara, tak sempat beberapa minggu sahaja kejadian tersebut, selepas sahaja berlangsungnya piala dunia, kita umat islam sudah tidak lagi membicarakan isu Palestin… Kita lebih seronok membicarakan tentang bola. Sedangkan saudara kita di Palestin, setiap detik dan saat mempertarungkan nyawa mereka untuk mempertahankan Masjidul Aqsa.. Allah lemahnya iman kita… Cuba buka mata kita sahabat- sahabat, tidak salah membiarakan tentang bola, tapi hal ehwal saudara Islam kita yang lain, jangan ditinggalkan.. Kerana Rasullullah pernah bersabda yang mafhumnya “BARANGSIAPA YANG TIDAK AMBIL TAHU HAL EHWAL UMAT ISLAM YANG LAIN MAKA DIA BUKAN DARI GOLONGANKU’… SAVE PELESTINE..

0 ulasan:

Catat Ulasan