Isnin, 21 Jun 2010

Tanggungjawab atau wanita??



Pelik Ahmad melihat sahabatnya Ikram, setiap hari bergayut dengan telefonya, nak cakap bergayut dengan lelaki, dari lemah lembut suaranya tak mengambarkan dia bercakap dengan lelaki, yeala siapa yang tidak mengenali Ikram, Exco persatuan di tempat dia belajar, hebat dengan pidatonya dan ketegasannya.. Sekali cakap menyebabkan orang terpaku dengan katanya, dengus Ahmad dalam hatinya.. Tempoh hari sewaktu Ahmad balik daripada kelas Ahmad secara tak sengaja terbaca SMS sahabatnya itu, risau betul Ahmad nampak gaya SMS nya bukan datang dari seorang lelaki, tetapi perempuan.. Mengapa Ikram buat demekian? Dia kan pimpinan Kampus, tahu agama, dan tahu syariat, tetapi melaui smsnya tidak menunjukkan langsung dia sebagai pimpinan, hari semala, waktu dalam tazkirah subuhnya dia menyebutkan bahawa perempuan ini adalah fitnah dunia, tiada cara yang boleh menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan melainkan pernikahan, dalam al - Quran Allah menyebutkan :

" Dan janganlah kamu menghampiri zina, dan sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji. Dan sesuatu jalan yang buruk" (Surah Al- Isra' ayat 32),

"sms itu adalah jalan untuk menghampiri zina apatah lagi bercakap melaui telefon" katanya.. "Apa aku nak buat?" Bisik hati Ahmad dalam hatinya, "aku kena tegur Ikram, aku tak mahu Ikram hanyut dengan alam khayalannya, dia kan pimpinan, setiap kalam yang keluar dari mulutnya semuanya akan menjadi hujah di hadapan Allah kelak, dia menjadi ikutan ahli, tidak sepatutnya dia sebagai pimpinan berkelakuan seperti itu, Ahmad percaya, seandainya pimpinan berperangai seperti itu, sudah tentu ahli, lagi teruk berperangai daripada pimpinan, patutlah masalah couple, sosial di kalangan pelajar makin menjadi- jadi, di dalam muktamar baru- baru ini Unit Nahi Mungkar menyatakan bahawa statistik kes terhadap mahasiswa agama makin meningkat, terutamanya masalah couple, sedih Ahmad memikirkanya, tidak ada masalah nak berhubung, tetapi mesti mengikut saluran yang betul dan patuhi syariat yang ditetapkan. Aku mesti tegur Ahmad dalam hatinya"...

"Ikram.. ana nak cakap sesuatu dengan anta boleh tak?" sambil merenung tajam ke mata Ikram. "Eh tiada masalah, silakan, anta ada masalah ke Ahmad?" Siapa yang tak kenal Ikram semua Ahli yang ada masalah mesti datang menjumpainya, yeala dia memegang jawatan Exco Kebajikan dalam persatuan, kalau mana- mana ahli yang ada masalah akan datang menjumpainya.. "Eh bukan, macam ini ana nak cakap sesuatu dengan anta kalau anta tak keberatan mendengarnya, dan ana rasa perkara ini ana perlu cakap".. Ahmad mengumpul kekuatan untuk memberitahu.. "Yea ke? Tidak ada masalah, bagitahulah ana sudi mendengarnya".. "Sudah berapa lama anta jalinkan hubungan dengan wanita, maksud ana dengan wanita yang bukan mahram, ana minta maaf Ikram hari itu ana secara tak sengaja membaca sms anta, dan ana dah tahu segalanya".. Ikram terpaku sebentar, dalam benak fikiranya, malunya aku, ahli bait aku dah dapat tahu semuanya, sambil mengumpul tenaga menyusun kata- kata..

"Maafkan ana, Ahmad, ana tak tahu nak buat macammana, ana sudah tidak mengenali antara dosa dan pahala, ana hanyut dengan buaian mimpi dan khayalan, ana tumpas dengan pujukan rayu perempuan itu, mula- mula atas dasar kerja persatuan, tapi lama- lama, ia jadi lain, ana cuba menolak, tapi ana gagal dengan hasutan syaitan".. "Zina merupakan salah satu antara dosa- dosa besar yang besar yang amat dikutuk agama, kamu pun tahu Ikram, Perbuatan zina boleh merosakkan keturunan.. Islam mengharamkan zina supaya manusia dapat menjaga keturunannya.. Kerana itulah Islam memerintahkan kita supaya menjauhi perkara yang boleh mendekatkan kita dengan zina, walaupun tidak berjumpa tetapi bersms dan bercakap melalui telefon , semuanya itu adalah jalan ke arah penzinaan, anta kena ingat Ikram, anta itu pimpinan, kalam- kalam anta semuanya menjadi hujah di hadapan Allah, anta suruh ahli meninggalkan maksiat, tapi dalam satu masa yang sama anta sendiri yang melakukan maksiat, tidakkah kamu ingat di dalam Al- Quran Allah menyebutkan yang maksudnya

"wahai orang- orang yang beriman mengapakah kamu mengatakan sesuatu benda yang kamu tidak lakukan" "Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan" (Surah As- Sof ayat 2 dan 3) ..

Ujar Ahmad kepada Ikram setelah Ikram memberitahu masalahnya..

Muka Ikram nampak berubah, sedih, dan rasa bersalah.. " Ana minta maaf banyak- banyak Ahmad, ana sudah sedar keasalahan ana, ana akan cuba mengumpul kekuatan untuk hadapi semuanya, ana akan cuba hubungi ust Azira, ana akan bagitahu segalanya, betul cakap anta, ana ni pimpinan, ana menjadi contoh dan ikutan pada ahli, ana sepatutnya menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik pada ahli. Ana tidak sepatutnya menjadi perosak pada masyarakat, ana ada amanah, dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, ana tak boleh buat macam ini lagi, ana dah menyesal Ahmad, syukur pada Allah kerana Allah mengutuskan anta untuk menyedarkan ana yang selama ini hanyut dengan khyalan yang tidak tahu kesudahannya.. Syukran Jazilan Ahmad".. Muka Ikram sudah nampak ceria.. "Alhamdulillah ahmad anta dah sedar, sudah menjadi kewajipan ana selaku sebagi seorang sahabat untuk menasihati anta, bukankah agama itu nasihat? Yang sudah lepas biarkan ia berlalu, anta kena mohon pada Allah semoga Allah ampunkan dosa anta, insya'Allah.

Kita ada saluran yang betul, kalau anta betul nak kahwin jom kita jumpa bait muslim.. Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk hadapi dugaanmu, berilah petunjuk, dan bimbinglah kami ke jalan yang benar, amin ya Allah.. Jom kita ke cafe, ana belanja makan tengahari, insya'Allah".. Mereka berdua bingkas bangun, untuk segera ke cafe, sambil Ikram berdoa, ya Allah janganlah engkau biarkan kami menjadi fitnah pada jalan dakwahmu Ya Allah., amin..

0 ulasan:

Catat Ulasan