Jumaat, 2 Julai 2010

Aku mahu mati Syahid

"Anta biar betul Jamil, anta dah fikir masak- masak ke untuk buat semua ini? Anta dah tanya ke pendapat keluarga anta?" tanya Karim pada Jamil, Jamil adalah kawan baik Karim, sejak kecil lagi mereka berkawan, sehinggalah sampai ke besar, mereka tidak pernah berpisah, seandainya Jamil ada masalah Karim pasti menolongnya, begitulah sebaliknya,

teringat Karim sewaktu mereka berjalan pulang daripada masjid seusai solat maghrib semalam, Jamil meminta pendapat daripadanya, kata Jamil dia mahu jual kedainya semata- mata mahu pergi ke Palestin untuk membantu umat Islam di sana.. "Aku mahu mati syahid Karim, aku takut bila kita mati kelak, selepas kita dibangkitkan di padang mahsyar kelak Allah akan bertanya apakah sumbangan kita dalam membantu saudara kita ditindas..

Di Palestin umat Islam hidup dalam ketakutan, setiap hari rakyat mereka menjadi korban kepada Israel zionis laknatullahualaihum, perempuan diperkosa, dirogol dan sebagainya, kita di sini lalai, leka, dengan nikmat kebebasan yang tidak tahu sampai ke bila.. Sanggupkah kita melihat saudara kita disembelih, dibunuh, tanpa ada tinddakan yang kita lakukan..

Masjid al - Aqsa bukan milik rakyat Palestin sahaja tetapi milik umat Islam seluruh dunia, ke mana umat Islam yang lain yang dikatakan berjumlah berbilion ramainya.. Dimanakah tanggungjawab mereka mempertahankan al- Aqsa, yang merupakan kiblat pertama dan tempat Rasulullah solat ketika diisrakkan.. Dimanakan mereka??" Itulah Jamil seorang pemuda yang bersemangat dalam jihad yang sensitiviti dengan isu umat Islam

kalau bicara tentang jihad, dialah yang semangat, dialah yang menjadi penggerak kepada pemuda kampungnya, seorang mahasiswa keluaran Al - Azhar.. "Aku dah berttekad Karim.. Aku mahu mati syahid.. Aku nak berkahwin dengan perjuangan. Alangkah indahnya seandainya aku mati syahid aku dapat bagi syafaat kepada keluarga aku kelak.. Nak katakan aku ni ahli abid tidak, puasa sunat entah ke mana, moga dengan niat aku yang baik ni Allah tempatkan aku bersama anbiya'.. Aku tidak apa- apa Karim kedai ini sahaja yang aku mampu jual untuk buat perbelanjaan aku ke Palestin, dan tulang empat kerat yang aku gunakan untuk membantu saudaraku di sana..

Cintaku dan kasihku pada mereka tidak dapat digambarkan", sambil memendang tepat ke mata Karim.. Karim tolong doakan perancangan aku selamat, sambil mengemggam erat tangan Karim.. Insya'Allah Jamil anta kan sahabat baik ana dunia dan akhirat.. Bila anta mahu bertolak ke sana? Insya'Allah dalam dua minggu lagi.. Minta sangat anta doakan.. Beritahu Jamil pada sahabatnya Karim ... Selepas 2 minggu.. Bersambung

0 ulasan:

Catat Ulasan