Sabtu, 3 Julai 2010

Ciri - ciri peribadi Muslim

10 ciri- ciri khas yang perlu ada pada peribadi seorang Muslim mengikut Hasan Al- Banna.

1)Aqidah sejahtera

Apakah yang dikatakan sebagai aqidah sejahtera di dalam al - quran Allah S.W.T berfirman :

“Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul- rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.” (Al-Baqarah: 285).

Yakin Allah S.W.T yang layak disembah, dan tidak ada tuhan selainya.. Tidak ada sesuatu pun yang mampu untuk melawan kuasa Allah, dialah yang berhak segalanya kepada Hambanya..

2)Ibadah yang betul

Di dalam al -Quran ALLAH S.W.T berfirman :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Al zariyat: 56)

Segala perkara, perbuatan, ibadah semuanya kita lakukan kerana Allah ini bertepatan dengan ayat al- Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Al-An‘am, 162).

Untuk sah segala perbuatan manusia sebagai ibadat mestilah kena pada 2 perkara tersebut:

a) Amal ibadat yang bertepatan dengan syariat Allah.

b)) Niat yang ikhlas ditujukan kepaa Allah.

3)Akhlak yang mantap

Akhlak yang mantap adalah berpaksikan sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (Riwayat Imam Ahmad). Seorang muslim yang sejati mesti menonjolkan akhlak yang terbaik, kerana Islam adalah agama yang terbaik, sudah semestinya selaku sebagai seorang muslim, kita mesti menjadi penganut yang baik, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.. Hadis Rasulullah yang maksudnya:

Imam Ahmad dan Ibn Hibban mengemukan riwayat daripada Ibn Umar bahawa sabda Rasulullah SAW:

Adakah kamu mahu aku beritahu tentang orang yang paling aku cintai dan paling dekat dengan pada hari qiamat?” Para Sahabat menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah: “Orang yang paling baik akhlaknya…” Juga sabda baginda: “Seseorang kamu yang berakhlak mulia dapat mencapai sesuatu yang tidak dicapai oleh orang yang berpuasa dan bersembahyang.”

4) Fikiran berteraskan ilmu pengetahuan.

Fikiran berteraskan ilmu pengetahuan adalah berpaksikan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq: 1-5)

5) Kekuatan jasmani

Memiliki Kekuatan jasmani adalah berpaksikan sabda Rasulullah SAW:

“'Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mumin yang lemah.” (Riwayat Muslim)

6) Mampu berdikari

Menjadi orang yang mampu berdikari berpaksikan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).” (Al-Mulk: 15)

7) Mengatur urusan diri.

Mengatur urusan diri berpaksikan hadis Rasulullah SAW:

Baginda ditanya: Apakah amalan yang paling afdhal? Jawab Baginda: “Sembahyang pada waktunya, berbakti kepada ibubapa dan kemudian jihad jalan Allah.” (Riwayat al-Bukhari)

Nabi SAW mengajar para Sahabat tentang feqh keutamaan supaya mereka dapat mengatur urusan hidup agama dan dunia mengikut tuntutan dalam kehidupan:

a) Kemestian (dhoruriyat): Tiada kehidupan tanpanya.
b) Kesempurnaan (kamaliyat): Perkara yang menyempurnakan kebaikan dalam hidup.
c) Penambahan (tahsiniyat): Perkara yang menambah kebaikan dan kenikmatan di dalam hidup.

Perkara kemestian patutlah diutamakan terlebih dahulu sebelum perkara kesempurnaan dan penambahan. Perkara wajib mestilah diutamakan daripada perkara sunat. Menutup jalan keburukan diutamakan daripada membuka jalan kebaikan.

8) Menjaga masa

Penjagaan masa adalah berpaksikan firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.” (Al-‘Araf: 34).

9) Berjuang melawan nafsu

Berjuang melawan nafsu melawan nafsu berpaksikan firman Allah SWT yang bermaksud:

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Al-Syams: 7-10).

10)Berguna untuk orang lain

Menjadi seorang berguna untuk orang lain berpaksikan kepada sabda Rasulullah SAW:

“Manusia yang paling disukai Allah SWT ialah orang yang berpaling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah SWT ialah memberikan kegembiraan kepada seorang muslim, melepaskan kesusahannya, melangsaikan hutangnya, atau menghilangkan rasa laparnya. Jika aku berjalan untuk menunaikan hajat saudaraku, lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid ini (masjid Madinah) selama sebulan. Sesiapa yang menghalang kemarahannya, Allah akan menutup keburukannya. Sesiapa yang menahan (menyembunyikan) rasa marah, dalam keadaan ia boleh melepaskannya, pasti Allah memenuhkan hatinya dengan keredhaan pada hari Qiamat. Sesiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk menunaikan suatu hajat sehinggalah ia dapat tunaikan untuk saudaranya, pasti Allah menetapkan kakinya pada hari kaki-kaki tergelincir (hari Qiamat).” (Riwayat al-Tabarani).

0 ulasan:

Catat Ulasan