Jumaat, 2 Julai 2010

Ciri - Ciri Pemimpin

Surah Maryam Yang berbunyi


يَـٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡڪِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ۬‌ۖ وَءَاتَيۡنَـٰهُ ٱلۡحُكۡمَ صَبِيًّ۬ا (١٢) وَحَنَانً۬ا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَوٰةً۬‌ۖ وَكَانَ تَقِيًّ۬ا (١٣) وَبَرَّۢا بِوَٲلِدَيۡهِ وَلَمۡ يَكُن جَبَّارًا عَصِيًّ۬ا (14

12. "Wahai Yahya, Terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) Dengan bersungguh-sungguh! dan Kami berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
13. Dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi kami, serta kelebihan Yang kembang manfaatnya; dan ia seorang Yang bertaqwa.
14. Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.


Ayat ini menceritakan tentang perihal ataupun panduan yang Allah S.W.T, telah tetapkan kepada Nabi Yahya supaya terjemahkan dalam diri dan laksananakan,, ada 8 perkara yang kita boleh ambil di sini selaku sebagai pemimpin, sebagai panduan untuk penambah baikkan untuk kita menjadi pejuang islam yang sebenar...

1)Menjadikan Al- quran sebagai panduan dan mengembangkannya..

Allah S.W.T telah menurunkan Al- quran sebagai mukjizat dan panduan kepada seluruh manusia, manusia akan binasa apabila tidak meletakkan al- quran sebagai panduan hidup, kesannya kita dapat lihat apabila sebuah kerajaan yang tidak meletakkan al- quran da as- sunnah sebagai perlembaggaan maka hasilnya kita lihat berlakulah kerosakkan terhadap rakyatnya, contoh paling dekat adalah gejala buang anak yang berlaku di malaysia, mengapakah kerajaan tidak menjadikan al- Quran sebagai jalan penyelesaian..

Tengok sahabat- sahabat nabi, mereka menjadikan al- quran sebagai bahan untuk mentarbiyyah mereka, dan hasilnya terbentuklah barisan yang sangat yang berani mempertahankan Islam.. Begitu juga Rasulullah, apabila sahabat bertanya kepada Saidatina Aisyah macamana akhlak Rasulullah? Saidatina Aisyah menjawab " Kalau kamu nak tahu akhlak Rasulullah, maka tengoklah al- Quran".. Rasulullah ibarat seperti al -Quran yang berjalan, begitu juga kita selaku sebagai pejuang atau pimpinan, nak tak nak, kita mesti meletakkan al - Quran sebagai teras utama dalam melaksanakan misi dakwah..

2)Mesti ada ilmu dan Hikmah

Bagaimana kita nak mendidik masyarakat tanpa ilmu, kalau sekadar bercakap tanpa ilmu semua orang boleh, semestinya selaku sebagai pejuang atau pepimpin mesti merpersiapkan diri dengan ilmu, macammana kita nak berhadapan dengan masyarakat tanpa ilmu? untuk tarik masyarakat kepada Islam mesti dengan hujah dan dalil yang kuat, dan semuanya tidak terjadi melainkan kena ada ilmu.. Cuba lihat pimpinan- pimpinan PAS apabila mereka berijtihad dalam sesuatu perkara, semuanya dengan ilmu, kerana ilmu mempengaruhi setiap keputusan yang akan dibuat.

3)Mempunyai sifat belas kasihan..

Pejuang atau pemimpin kena letakkan pada diri dia sifat belas kasihan, sepertimana kata Hasan Al- Banna "Jadilah kamu pokok yang ada buah apabila orang membaling kamu dengan batu, kamu tetap membalasnya dengan buah (kebaikkan)" Begitu juga Rasulullah qudwah kita, apabila dihina dicaci Rasululullah tidak pernah mendoakan keburukkan kepada mereka., yang Rasulullah doa kepada mereka adalah kebaikkan dan hasilnya ramai orang terpikat dengan Islam..

Begitu juga kita selaku sebagai pemimpin, jangan letakkan dalam diri kita, bila jadi pemimpin, aku rasa hebat, orang yang kena tegur aku dulu bukan kita yang tegur orang dulu, itulah masalah yang dihadapi oleh pimpinan, iaitu syok sendiri.. Teringat kata- kata sahabat ana " Untuk jadi pemimmpin yang hebat mestilah menjadi balaci yang hebat".. Sebagai pemimpin kita kena letakkan diri kita, sebagai khadam kepada ahli, dan kena sentiasa siap sedia untuk diminta pertolongan, andaikata ahli ada masalah, kita sebagai pemimpin jangan berat tulang untuk menolong..

4)Tidak melakukan dosa kepada Allah..

Pemimpin menjadi contoh dan tauladan kepada ahli, segala tingkah laku, akhlak, penampilan semuanya menjadi perhatian ahli.. Apabila pemimpin bemasalah maka ahli akan lebih bermasalah.. Maka selaku sebagai pemimpin mestilah menjaga diri daripada melakukan dosa kepada Allah..

5)Taat dan bertaqwa

Di dalam al- Quran Allah S.W.t berfirman yang mafhumnya :

Wahai orang- orang yang beriman hendaklah kamu taat kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin dikalangan kamu"

Di dalam ayat tersebut Allah tidak meletakkan lafaz أَطِيعُواْ atas sebab Allah S.w.t melihat andaikata apabila pemimpin itu taat kepada Allah dan rasul, maka tiada alasan bagi ahli untuk taat kepada pemimpin, dn seandainya pemimpin itu tidak taat kepada Allah dan Rasul, maka bagi ahli tidak perlulah taat kepada pemimpin yang derhaka kepada Allah dan rasul..Ketaatan kepada Allah mestilah diletakkan di hadapan bagi menghasilkan taqwa di dalam diri.. Kejayaan sebuah jamaah adalah bergangtung kepada ketaqwaan kepada Allah..

6)Berbakti kepada orang tua.

Sebagai pemimpin kita kena ingat bahwa redho Allah terletak pada mak ayah, menjadi satu kesalahan kita selaku sebagai pemimpin sibuk dalam gerak kerja Islam sehingga lupa berbakti kepada kedua ibu bapa..

7)Tidak takabbur

Sejarah menunjukkan bahawa Iblis laknatullah dihina oleh Allah atas sebab kerana dia takabbur kepada diri dia sendiri, begitu juga kita sebagai pemimpin, mestilah sentiasa merendah diri dan bersedia menerima kritikkan.

8)Tidak derhaka

Perkara asas yang kita kena pegang selaku sebagai pemimpin, jangan derhaka pada Allah dan ibu bapa, macamana kita nak perjuangkan Islam andaikata hubungan kita dengan Allah dan ibu - bapa tidak dijaga dengan baik..

0 ulasan:

Catat Ulasan