Jumaat, 2 Julai 2010

Relevenkah Seks diajar di sekolah?

Ajar seks di sekolah relevankah? kerajaan membuat sesuatu perkara tidak berfikir untuk jangka masa panjang.. Di sini penulis copy pendapat yang diberikan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Bin Nik Mat..

Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri
Jul 2, 10 3:55pm
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.

- Bernama

Nak tunggu ulama UMNO bagi pndangan, dahlah meluluskan lesen judi, bila didesak Rakyat, barulah nak tarik balik.. Buat keputusan tak fikir dosa pahala.. Cubalah tanya pendapat ulama, yang penting jangan ulama korang, ulama' korang tak boleh pakai.. Nak perlukan nasihat ulama' PAS boleh berikan....

Cubalah cari jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah sosial yang berlaku di malaysia, bukan menambahkan lagi.. Bila PAS beri nasihat, cakap PAS nak ambil kesempatan untuk tujuan politik, bukalah mata hangpa tu.. Jangan terlalu ego, apa yang baik ambillah.. Cakap tak nak pada BN

0 ulasan:

Catat Ulasan